Skip to main content

Dinner is served! - Revisited

Makan malam memang menjadi isu utama bagi ibubapa yang kedua2nya bekerja di siang hari. Apabila pulang, mula memerah otak untuk mencari menu yang memenuhi selera. Sebelum ini ada diperturunkan serba sedikit teknik2 yang dikumpul dari pelbagai pihak di dalam entry berjudul Dinner is Served!.

Kepada mereka yang telah membaca entry mengenai tajuk di atas, di sini ingin diperturunkan beberapa lagi teknik yang saya dapati dari pemerhatian saya terhadap seorang teman seperjuangan.


Alternatif 6

Saya mempunyai sahabat yang meminati kuah asam pedas di cafe berdekatan pejabat. Kerana itu, beliau sering singgah di cafe tersebut sebelum pulang ke rumah untuk membeli kuah sahaja. Setiba di rumah, sahabat saya akan memanaskan kuah di dalam periuk lalu dicampurkan dengan ayam, ikan atau daging. Mudahkan!

Anda boleh mempelbagaikan teknik ini dengan memborong kuah kari, kurma atau lain2 lagi....

Alternatif 7

Sahabat yang sama juga menggunakan kaedah ini. Apabila pulang ke kampung, sahabat saya akan menyiapkan rencah asam pedas dengan bimbingan ibunya. Sahabat saya akan menumis rencah sehingga garing lalu dibungkus untuk dibawa pulang ke rumah sendiri. Rencah ini disiapkan di dalam kuantiti yang banyak, yakni boleh digunakan beberapa kali masakan.

Setibanya di rumah sendiri, rencah disimpan di dalam petiais. Setiap kali hendak memasak, beliau akan mengeluarkan sebahagian rencah tersebut kemudian ditumis dan ditambah bahan2 ikan, garam, air asam dll.

Bijak..bijak....!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...