Sewaktu kecil saya sering menemani ibu untuk sesi punggah dan kemas. Memang leceh, dan lebih mudah jika dibiarkan sahaja barangan berlapuk di dalam almari. Setelah saya dewasa sekarang, saya dapati memunggah barangan juga memerlukan skill tersendiri. Tanpa skill punggah dan kemas, saya perhatikan ramai teman saya yang terpinga2 apabila sesekali datang hasrat untuk merapikan persekitaran mereka.
Memang terdapat sebahagian dari kita yang kurang cekap dalam bab mengemas. Sesekali berminat dan datang motivasi untuk mengemas, kita punggah segala barang dengan niat untuk menyusun dengan lebih rapi. Tetapi bila kesemua barang telah dipunggah, kita menjadi bingung pula memikirkan kaedah susunan yang menarik serta kemas dan rapi....
Sebenarnya memunggah barang pun memerlukan sistem.
Sebelum kita memunggah barangan yang menimbun dalam almari, stor atau dalam kabinet ruang tamu, pastikan ruang sekeliling kosong. Ini supaya kita mempunyai banyak ruang untuk membahagikan barangan yang kita punggah. Apabila kita menarik keluar barangan, kita terus bahagikan kepada kategori-kategori tersendiri. Contohnya majalah dengan majalah, suratkhabar dengan suratkhabar, barang2 besi seperti paku, hook dan sebagainya kita longgokkan sekali; bil2 kita kumpulkan setempat; alatulis juga kita kumpulkan bersama.


Sebelum memasukkan semula ke dalam kabinet, wajar kita lap dan vakum debu dan sawang yang bersarang di dalam kabinet. Kemudian kita perlu menentukan susun atur yang menarik dan rapi untuk barangan2 tadi. Tentukan yang mana hendak menggunakan kabinet yang sama dan yang mana perlu dicari tempat simpanan yang berbeza.
Apabila menyusun barangan di dalam kabinet, pastikan tulang majalah dan suratkhabar adalah selari dan menghala ke pintu kabinet agar menarik dan seragam dilihat. Bil2 atau kertas2 nipis sewajarnya dimasukkan ke dalam folder yang bersesuai, samada folder plastik atau kertas. Barang2 kecil dan remeh perlu dibelikan bakul cantik jika menjadi tatapan umum atau masukkan sahaja di dalam tupperware2 aiskrim yang sudah kosong dan disimpan di almari yang bertutup.
Akhir sekali apabila kesemua barang sudah mempunyai tempat 'penginapan' masing2, eloklah di vakum ruang mengemas tersebut kerana sisa2 debu pasti bersepah dan menyebabkan kulit kita berasa gatal. Bersihkan juga diri kita dengan mandi atau sekurang2nya membasuh tangan kita...
Untuk menjalankan tugas punggah dan kemas ini selalunya memerlukan tahap fokus yang tinggi kerana minda kita ligat berfikir untuk mengkategorikan barangan dan juga memikirkan kaedah susunan yang sesuai lagi menarik. Jadi seeloknya cuba pilih waktu yang paling kurang gangguan dan kita pula dalam emosi yang tenang. Pastikan juga ruang persekitaran adalah lapang agar senang kita menyusun barangan.
betul dan sangat setuju
ReplyDeletebagus la blog ni...
ReplyDeletememindahkan barang dengan sistem okelah klo begitu thanks sarannya
ReplyDelete