Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran.
Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata2 kerana ketiadaan tong sampah di ruang legar!...Ibu menegaskan kepentingan adanya tong sampah untuk kegunaan umum. Tanpa tong sampah, orang ramai pasti membuang sampah di merata2 tempat dan pastinya tidak adil menyalahkan mereka. Persekitaran pula akan bersepah seperti kawasan pasar malam! Seperkara yang sering menjadi rungutan ibu saya adalah kekurangan tong sampah di tempat2 awam. Memang berbeza dengan keadaan di luar negara - biasanya satu tong sampah diletakkan hampir setiap beberapa meter. Memudahkan orang ramai membuang sampah di tempat sepatutnya dan menggalakkan orang awam menjaga kebersihan setempat.
Berbeza dengan sikap sesetengah orang yang hanya mempunyai tong sampah di dapur untuk seisi rumahtangga!
Sekiranya ada, tong sampah tersebut akan dibawa ke luar untuk diberus dan dibasuh. Jangan lupa membasuh bahagian luar dan dalam termasuk tutupnya sekali. Ia dijemur seketika sebelum dibawa masuk kembali meneruskan tugasnya sebagai tong bagi sampah sarap.Kerja membasuh tong sampah ini bunyinya mungkin menggelikan, tetapi sekiranya kita membasuh tong sampah secara rutin, ia tidak akan berselupat dengan daki atau kotoran sekaligus perasaan geli bekerja dengan tong sampah akan dapat diminimakan.
Kalau lebih teliti lagi, tong sampah yang kita letakkan di luar rumah juga elok dibasuh sekali-sekala agar tidak dihurung ulat dan serangga yang boleh merosakkan kesihatan kita.
Sememangnya jika diperhatikan tong sampah di rumah ibu saya, ia tidak berdaki sebagaimana lazimnya tong sampah bahkan mungkin ada yang beranggapan ia kelihatan baru....
Comments
Post a Comment