Skip to main content

Bangun pagi....

Senario...

Bangun pagi. Kita menggeliat. Turun dari katil. Menuju ke dapur yang bersih berkilat. Kita bancuh kopi dan minum bersama pasangan sambil bergurau senda. Rumah juga sudah berkemas. Tinggal lagi kita menyediakan sarapan dan makan dengan tenang tanpa terburu2.

Realiti!

Kita bangun pagi. Kita tinggalkan katil yang bersepah belum berkemas. Menuju dapur yang juga bersepah dengan kesan masakan malam tadi, pinggan mangkuk yang menimbun di sink, lantai yang melekit belum bermop atau bersapu. Kain baju hasil lipatan semalam masih di depan TV belum dimasukkan ke dalam almari. Sedang kita asyik menjamah cucur bawang bersama famili, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah.

_____________________


Ya, kita memang teringin SENARIO, tapi sering bertembung REALITI. Ibu saya mungkin pernah mengalami REALITI di zaman muda beliau. Sehingga kini, beliau sering mengingatkan kami agar memastikan rumah kemas di waktu pagi, bimbang rumah dikunjungi tetamu di saat rumah belum rapi, keadaan masih bersepah di waktu pagi.

Untuk memberikan ketenangan minda dan jasad, ibu saya menurunkan teknik mengemas agar tidak kelam kabut di waktu pagi dan kita juga boleh bersantai sedikit seperti SENARIO di atas.

Caranya: Sebelum kita masuk tidur, katalah pukul 11 malam..... pastikan dapur sudah berkemas, pinggan sudah dibasuh agar mudah menyediakan sarapan keesokkan pagi. Jika lebih rajin, boleh sediakan bancuhan tepung untuk cucur bawang, roti canai dll dan simpan di dalam peti sejuk. Ia sedia dimasak awal pagi besok untuk kita dan ahli keluarga yang kelaparan di waktu pagi.

Minta juga pertolongan ahli keluarga lain untuk menyelesaikan hal kain baju dan ruang tamu. Susun semua buku, majalah dan suratkhabar setelah selesai dibaca. Simpan kain baju yang sudah berlipat di tempat sepatutnya.

Terdapat teknik di dalam buku yang menyerupai teknik ibu saya. Ia digelar teknik 15 minit sebelum tidur. Kita boleh set masa selama 15 minit dan minta ahli keluarga kita bergegas mengemaskan segala ruang yang bersepah dalam masa tersebut. Selesai tugas tersebut barulah masing2 bergerak ke ruang tidur. Diharapkan keesokan harinya, semua orang boleh bangun tidur dengan tenang kerana rumah sudah kemas dan tidak bimbang lagi dengan hal2 mengemas yang remeh...

Comments

  1. salam..
    saya ade dua anak kecil..20 bulan dan 2 bulan..kedua2nye sensitif dgn bunyi..klo da tdo, xde harapan nk basuh pinggan ke, buka tutup fridge ke..buka pintu tandas pun terjaga..itu pun bila bernasib baik leh tinggal bila tdo..klo x, kena duduk sebelahh jer...alkisahnye ngadap laptop jela boleh
    bila jaga lak, asek nk kena kelek dan layan..
    yang besar ni, pantang saya sentuh ape2 dia pun ngikut..saya simpan brg dlm almari, dia pun buka almari tuh...
    semua benda jd mainan dia...
    nk kemas hanya bila abah dia ada...atau pekakkan telinga dgr mereka menangis....
    dua2 pulak susu dada...cukup time nk susu kene melyn jgk...
    hrp dpt nasihat dan pandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mantab bgt om infonya ....
      mampir
      Harnz Property
      ( Jual Beli Property dan Pembangunan , Desain Kontruksi , Konsultasi Property)
      make your dreams come true with us ,,!!!!
      Thousand 20 Sunny mandiri TSM
      website http://www.thousand20sunny.com/ ... ok suwon :) maksih thx

      Delete
  2. Salam sahabat,

    Wah, hidup puan sungguh mencabar. Tahniah kerana berusaha menjadi ibu yang sempurna! Apa yang puan lalui adalah lumrah bagi ibu2 yang mempunyai beberapa anak kecil. Lebih baik puan tumpukan kepada anak2 apa lagi mereka menyusu badan. Puan perlu reserve tenaga untuk menghasilkan susu yang bermutu. Itu saranan saya.

    Suami puan perlu lebih membantu dalam urusan mengemas rumah agar anak2 mendapat layanan dan susu berkualiti dari ibu. Biasanya anak2 akan lebih independent setelah mereka meningkat usia 3-4 tahun.

    Kalau suami tidak berminat, cuba dapatkan khidmat part-time maid atau bantuan mana2 pihak.

    Terserah kepada puan untuk menimbangkan alternatif terbaik.

    ReplyDelete
  3. boleh tak bagi tips, dari bangun pagi hingga ke malam, apa antara kerja rumah yang boleh disiapkan oleh seorang suri rumah (7 hari seminggu), serta mungkin boleh diselitkan agar suami juga turut serta dalam aktiviti perbersihan rumah. Yelah, kerja suri rumah ini pun dikira bekerja juga (menjaga kebersihan rumah dan mengasuh), tetapi tidak di bayar gaji.. berbanding jika kerja di pejabat...

    ReplyDelete
  4. salam.. boleh tak bagi tips utk mengemas rumah dgn pantas sebab sy seorg wanita berkerja dan dirumah hanya saya sorg je yang buat semua kerja rumah tanpa bantuan suami dan orang lain..saya jadi letih untuk hadapi setiap hari dan malu setiap kali org datang rumah dan keadaan rumah kelam kabut. saya sudah ikut setiap tips yg puan berikan tapi masih keadaan sama. cthnya: mlm sy dh pastikan semua kemas n sempurna sebelum masuk tido, keesokkan harinya di meja ruang tamu ada gelas la, pinggan la, habuk rokok la..stress sgt3..help me plz

    ReplyDelete
  5. mantab bgt om infonya ....
    mampir
    Harnz Property
    ( Jual Beli Property dan Pembangunan , Desain Kontruksi , Konsultasi Property)
    make your dreams come true with us ,,!!!!
    Thousand 20 Sunny mandiri TSM
    website http://www.thousand20sunny.com/ ... ok suwon :) maksih thx

    ReplyDelete
  6. Saya suka kemas rumah sblm tidur.. agar bangun pagi tu tenang je dgn keadaan rumah.. dan untuk yg takde masa untuk mengemas, pointnya adalah JANGAN BUAT SEPAH.. hehe.. n saya suka ajak anak2 sama kemas mainan dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk