Skip to main content

Kemas-holic

Siapa di antara kita adalah kemas-holic? Sila angkat tangan!

Apa itu kemas-holic? Kita ada workaholic, alcoholic, kenapa tidak kemas-holic (cigarette holic tak ada pulak)? Atau mungkin di dalam Bahasa Malaysia - kaki kemas seperti kaki bola, kaki botol, kaki rokok dsbnya.

Kalau ada istilah kemas-holic, mungkin ada di kalangan kita yang tergolong dalam kategori sedemikian. Pagi kemas, tengahari kemas, petang kemas, dan malam sehingga ke dinihari masih....mengemas....Malah ada yang mengatakan kalau tidak mengemas rumah, rasa sengal badan pula...

Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang sempat saya dengar di radio beberapa hari lalu dalam satu kuliah motivasi ringkas. Sebuah kisah yang mungkin menyentuh perasaan kaum ibu.

Cerita mengisahkan seorang ibu yang lambat menimang anak. Setelah beberapa tahun, akhirnya dapat khabar gembira bakal menjadi ibu. Ibarat bulan jatuh ke riba, pasti si ibu merasa sangat bahagia. Segala keperluan anak yang bakal lahir disediakan. Akhirnya bayi tersebut lahir dengan selamat.

Dipendekkan cerita, 3 tahun kemudian, ibu ini menyedari bahawa sikap si anak tidak sama dengan si ibu. Si ibu sangat pengemas manakala si anak sangat penyepah! Kerja mengemas si ibu tidak pernah selesai kerana anak tidak berhenti menyepahkan rumah. Lalu puaslah si ibu membebel panjang ingin membentuk perilaku anak agar mencontohi genetik si ibu.

Nak dijadikan cerita, suatu hari si ibu mendapat panggilan bahawa seorang teman akan berkunjung. Yalah, menurut kaunselor motivasi tersebut - kalau tiada tetamu pun rumah sentiasa dikemas, inikan pula apabila tetamu akan bertandang. Ligatlah si ibu mengemas segenap inci rumah, menyediakan hidangan dan sebagainya.

Apabila si ibu siap menggoreng mee dan dibawa ke hadapan, si ibu terkejut besar menyaksikan ruang tamu rumahnya. Ruang yang tadi selesai dikemas sudah penuh dengan bahan2 yang berselerakan hasil kerja tangan si anak tadi. Waktu ini, si ibu hilang sabar, lalu dikejar anak sehingga anak berlari ke luar rumah.

Malang tidak berbau, sewaktu si anak kecil melangkah keluar pagar, anak tersebut berlanggar dengan sebuah kereta. Si ibu terus membawa anak ke hospital dengan tidak putus berdoa agar nyawa anaknya dipanjangkan. Tetapi...Tuhan lebih menyayangi anak kecil itu dan tinggallah si ibu dengan seribu sesalan.

Malam tersebut setelah tetamu sudah bersurai, si ibu pergi ke tong sampah dan mencari sisa2 kertas buangan anak siang tadi dan menaburkan semula ke ruang tamu. Dalam sesalan si ibu mengutuki dirinya yang tidak menghargai nikmat yang ada semasa ia ada.

Begitulah para pembaca sekalian, manusia memang aneh, kekadang tidak menyedari nikmat di sebalik ujian, dan menghargai setelah ketiadaan!

Saya tidak pasti kesahihan cerita di atas, tetapi menurut kaunselor motivasi tersebut, cerita di atas adalah cerita benar. Kalau ia benar berlaku, saya berdoa agar ibu tersebut diberi kekuatan untuk berhenti mengutuki dirinya sendiri dan membuka lembaran baru...

Kesimpulan yang ingin saya sampaikan adalah begini: Benar kebersihan itu sebahagian dari iman tetapi...mungkin masih ada anak kecil yang perlu diberi perhatian. Atau mungkin masih ada suami atau isteri yang memerlukan tumpuan kasih sayang.

Saya dan adik beradik saya sendiri bukanlah juara dalam bab kemas-mengemas. Kalau dinilai mungkin tidak juga mencapai tahap perfect 10! Yang penting kita kena sentiasa mengemas secara istiqamah. Ada waktu2 tertentu rumah tetap akan berselerak terutama yang masih mempunyai anak2 kecil.

Terpulang kepada kaki-kemas sekalian untuk menentukan tahap peri pentingnya kerja mengemas rumah. Cuma diharap jangan sampai ia menenggalamkan prioriti2 lain dalam rumahtangga. Kita perlu bijak menyeimbangkan antara mengemas yang menyelesakan dan mengemas yang menyeksakan.

Agaknya ini yang dimaksudkan orang tua2 - buat baik berpada-pada..?

Comments

  1. kalau saya pula asyik kemas rumah tapi husband asyik buat sepah, anak memanglah dah kecik memang tak tau nak kemas. husband tengok mengemas ni macam satu kerja yang mudah dan biasa saje, komen die pulak banyak. satu hari die cuti saya kerja. entah macam mana terbuka hati die untuk mengemas dan bila saya balik rumah terus die mengungkit "abg dah buat semua kerja rumah abg nak rehat, jangan kacau abg" kemudian die tidur saje....haaa selama ni husband tak pernah cakap terima kasih ataupun memudahkan kerja saya... tapi bila dah jadi macam ni alhamdulillah walaupun selepas kejadian tu die tak tolong saya sekurang-kurangnya die tak bebel....harap husband memahami bukan senang, gi kerja balik tak henti kerja...jangan lah tambah marah2 saja...sedih saya kadang2 tu....

    ReplyDelete
  2. Salam puan,

    Saya bukanlah kaunselor cuma boleh berkongsi pengalaman perempuan yang biasa kita alami termasuk apa yang puan nyatakan di atas. Memang orang yang tidak biasa mengemas tidak tahu keperitan untuk `maintain' kebersihan rumahtangga.

    Apa pun, langkah pertama cuba puan dengan girangnya memuji bantuan suami setiap kali dia membantu kerja2 mengemas. InsyaAllah dia akan lebih rajin membantu tetapi tidaklah berubah sekelip mata.

    Sememangnya sikap orang lelaki biasanya (tak semua) seperti anak2 dalam bab mengemas. Perlu sering diberikan insentif seperti pujian dsbnya yang puan lebih arif...

    Semoga rumahtangga kita semua dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  3. husband sy suka kemas bila anak sepahkan. tp lps kemas klu anak sepahkan balik, hinggap tgn die kt muka anak. tu yg payah tu

    ReplyDelete
  4. Anak saya makan bersepah-sepah. Saya biarkan dia sebab saya nak dia bersemangat utuk makan dan supaya dia dapat belajar menggunakan sudu. Bila saya nampak dia tak berminat lagi untuk makan, maka saya masukkan anak saya ke dalam katil kandang, barulah saya menyapu. 3 x sehari saya menyapu. Minum pagi, makan tengahari dan makan malam. Hanya lepas makan malam barulah saya mop lantai. Memang penat. Marah mesti dipendamkan. Saya terima hakikat bahawa pada fasa ini tidak selamanya.

    ReplyDelete
  5. salam puan,

    sy baru terbaca blog puan, wpun post ni dh lama, sy tetap nak comment. Cerita di atas benar2 menyentuh hati sy. Sy memang kemas-holic, xsenang duduk kalau rumah bersepah. Sy takkan duduk2 santai kalau rumah belum kemas. Nasib baik husband sy ringan tulang :).Sometimes,xde masa bersantai sebab sibuk berkemas, tmbah2 ada anak kecik yg tgh lasak. Now, sy sedar, ada lagi benda lain yg perlu sy beri keutamaan. Your story somehow made me realize betapa banyaknya 'quality time' sy dgn family yg telah sy bazirkan sebab sibuk nak kemas rumah.Thanks puan!

    ReplyDelete
  6. salam..saya amat teruja dengan blog ini...sebab saya tiada genetik pengemas...tapi dah ditakdirkan saya baerkahwin dengan super kemas holic....awalnya saya rasa tertekan sebab terpaksa sentiasa kemas...dan amat berbeza dengan kehidupan saya sebelum in iyang kemas ala kadar....skang saya terpaksa berusaha agar genetik kemas holic tu meresap ke jiwa saya skit2 agar suami saya akan berasa ingin senyum sentiasa bila isterinya pon berubah menjadi kemas holic...semoga saya berjaya....apa yangs aya dapat lihat kemas holic nii mempunyai sifat2 yang sama.....kebanyakannya sama....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk