Skip to main content

Pulangkan ke tempat asalnya...


Pulangkan semula ke tempat asalnya selepas dibaca!


Begitulah arahan yang tertampal di rak2 buku di rumah ibu saya suatu ketika dahulu. Ibu saya bukan setakat gemar memberikan arahan lisan, bahkan di mana beliau tiada beliau menggantikan pula dengan arahan bertulis! Beliau bukan setakat cekap bekerja bahkan juga bijak menyediakan manual kerja yang tepat dan padat! Begitulah kelebihan ibu saya.

Seingat saya, sewaktu saya di zaman sekolah rendah, koleksi majalah adalah sangat banyak, beralmari2. Kesemuanya disusun dengan rapi. Ada majalah Wanita, Gila-gila, Dewan Pelajar, Kuntum dan banyak lagi.
Ini mungkin kerana ayah saya yang minat membaca lalu seluruh keluarga beliau dilatih agar membaca adalah budaya. Untuk ibu saya dibelikan beberapa majalah popular seperti Wanita, Keluarga dan Jelita. Untuk anak2 pula dibelikan segala majalah kanak2 yang ada di pasaran termasuk Bujal dan Bambino yang kini tiada lagi di pasaran. Tidak ketinggalan juga majalah libang-libur seperti Gila-gila untuk merehatkan minda. Apabila kami meningkat dewasa ayah saya membelikan pula Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Dewan Masyarakat dsbnya. Pendekata, kami tidak pernah keputusan bahan bacaan kala itu.

Lagi pula, zaman saya masih kecil, TV cuma ada 2 saluran - TV1 dan TV2 (pelikkan?). Dahlah cuma 2 saluran, bermula pula pukul 3 atau 4 petang (saya pun tak berapa ingat). Dahlah bermula waktu petang, program awalnya pula adalah berbentuk pengisian seperti kuliah dan bacaan tafsir Al-Quran. Kalau tidak silap, program kartun dan rancangan kanak2 cuma hari2 tertentu seperti hari Jumaat barangkali. Siaran pula tamat jam 12 tengah malam diakhiri dengan lagu Negaraku....Jadi TV pada zaman itu adalah medium yang membosankan kanak2. Lebih menarik jika membaca!

Jadi, jika ada waktu terluang, saya dan kakak saya akan memerap di dalam bilik bacaan yang dikhaskan oleh ibu saya. Kami akan menyelongkar kembali majalah edisi2 lalu dan membacanya semula. Tidak cukup dengan majalah kanak2, kami baca juga majalah ibu dan ayah seperti Wanita dan Dewan Masyarakat. Tidak faham pun tidak mengapa janji baca dulu, fikirkan kemudian - yakni bila dewasa kelak!


Kerana sifat kami yang sering menyelongkar rak buku dan majalah, maka ibu saya mengambil tindakan menampal arahan di atas. Agar kami tidak meninggalkan bahan bacaan dalam keadaan berselerak begitu sahaja.

Memang benar, secara logiknya, pandai ambil, pandai lah simpan. Peraturan ini boleh kita aplikasikan secara umum, yakni untuk sebarang barang yang diambil, pastikan ahli keluarga meletakkan kembali ke tempat asalnya.

Jangan biarkan orang lain bertanggungjawab atas tindakan kita!

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...