Skip to main content

Mentaliti baru


Suatu hari, saya memandu kereta pulang dan tergerak untuk melintasi deretan rumah baharu di kawasan tempat saya tinggal. Rumah berharga sekitar 300k dan rekabentuknya adalah dapur di hadapan, bersebelahan ruang tamu. Jadi, ada dua pintu di ruang hadapan rumah. Satu pintu untuk dapur dan satu lagi untuk ke ruang tamu.

Rekabentuk dapur di hadapan bersebelahan ruang tamu agak menonjol kebelakangan ini. Di pangsapuri dan apartment begitu, di rumah teres dua tingkat juga begitu. Di barat, rekaan sebegini sudah lama dilaksanakan.
Sewaktu saya memandu perlahan dari satu rumah ke rumah, memerhatikan susunan pokok2 bunga di laman rumah dan hiasan dekorasi menarik jika ada... alamak.....saya terpandang pula sebuah rumah yang mempamerkan kain buruk di grill pintu dapurnya! Ye lah, kebiasaan kita menyidai kain buruk di pintu dapur mungkin menyebabkan kita terbawa2 sikap begitu walaupun pintu dapur sudah menjadi pintu di bahagian hadapan rumah.

Sepatutnya pemilik rumah lebih peka bahawa pemandangan pintu dapur akan menjadi santapan mata orang yang lalu lalang di hadapan rumah dan juga para tetamu yang berkunjung. Hendak tak hendak, pintu dan belakang dapur perlu dihias rapi dan biarlah sama cantik dipandang seperti pintu ruang tamu. Kalau belakang rumah sudah dibawa ke hadapan, takkan kita mahu pampang yang buruk2 belaka seperti kain buruk, besi buruk, pasu buruk, kayu2 buruk dan lain2 yang buruk...

Beginilah, kadangkala dengan kebangkitan rekabentuk dan gaya hidup baru, mentaliti dan pegangan kita juga perlu membuat anjakan paradigma seiring dengan perubahan demi perubahan. Jangan setakat mengikut arus perubahan tetapi mentaliti masih di takat serupa.

Setiap masa kita sentiasa akan dicabar oleh perubahan demi perubahan. Cuba fikirkan tatacara dan mentaliti pegangan hidup kita dan perhalusi yang mana perlu dilakukan proses nilai semula.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...