
Bagi sesetengah orang lain pula, bilik tidur adalah tempat privasi dan ruang peribadi. Maka segala koleksi peribadi disimpan di dalam bilik tidur. Di kepala katil ada bungkusan tempat menyimpan cadar2 lama. Di sebelah katil ada bungkusan dan kotak2 tempat menyimpan baju2 lama. Di bawah katil pula ada disimpan koleksi gambar2 peribadi dan barang2 usang yang mungkin memberikan kesan sentimental value kepada kita. Semua mahu diletak di bilik kita. Yelah, nama pun bilik kita.

Persoalan yang menjadi tajuk di atas: bilik tidur atau lubuk tidur? Saya sendiri berpendapat bahawa kita perlu meminimakan kelengkapan dan perkakasan di bilik tidur. Itu sahajalah bilik peraduan tempat kita merehatkan tubuh dan minda setelah melaksanakan pelbagai tanggungjawab sebagai insan.
Barang sentimental sewajarnya diletakkan ke dalam bekas2 bersesuaian dan disimpan di dalam almari simpanan atau ke dalam stor sahaja. Selebihnya yang sudah terlalu usang bolehlah dilontarkan sahaja ke tong kitar semula atau menyerahkan kepada yang lebih memerlukan. Sila rujuk post saya bertajuk "Asal kapas jadi benang" yang telah ditulis dahulu.

Koleksi pakaian dan aksesori peribadi yang melimpah ruah juga elok disediakan almari simpanan yang mencukupi. Kalau almari sepanjang 10 pintu masih belum dapat menampung koleksi pakaian kita, kita mungkin perlu membuat keputusan - simpan atau sedekah. Wajarkah kita menyediakan sehingga dua tiga bilik semata2 untuk menyimpan koleksi pakaian dan aksesori kita? Bukankah lebih berfaedah jika bilik2 tersebut dijadikan tempat solat atau bilik bacaan di rumah kita...sekadar cadangan...
Bukan mahu merendahkan mana2 pihak, tetapi bagaimana rasanya kualiti rehat kita jika tidur dan rehat ditemani semak dan samun barangan di sekeliling katil peraduan. Ramai yang mungkin mengaku tidak kisah, tetapi cuba alihkan dahulu barangan, dan cuba rasa perbezaannya kelak.
Bak kata ibu saya, rumah yang bersih dan kemas bukan hanya hakmilik orang yang kaya dan berada. Biar kita kurang berkemampuan dan rumah kita ringkas sahaja, tetapi biarlah ia bersih dan rapi seperti yang dianjurkan oleh agama kita.
i agree!!
ReplyDeleteyes!
ReplyDeleteSubhanallah.saya suka sgt jumpa blog ni,truly adorable! :) Saya geram bila tgk org yg malas nya melampau2,nk tlg kemas tidak,buat sempah pulak tu tak reti nk kemas balik hasil tgn sendiri. Kut ye pon plg kurang hargai mereka yg dh mengemas,tolong maintainkan ni tidak.kadang2 yg dh besar pon sama mcm budak kecik.hm
ReplyDelete