Skip to main content

Cerita mengangkat baju

Kalau bercerita tentang kain baju memang tidak berkesudahan. Salin baju dalam sehari sahaja sekurang2nya 2 kali - baju kerja/siang sekali dan baju tidur sekali. Ada juga yang lebih cermat akan bersalin baju harian dulu sesudah balik kerja dan menukar ke baju tidur apabila ingin tidur nanti. Mereka yang mempunyai anak2 perempuan pula pasti perasan yang anak2 perempuan bersalin baju 4-6 kali sehari! Betapa banyak longgokan baju mereka....


Walau apapun, situasi di atas menggambarkan banyaknya baju yang di pakai setiap hari. Oleh itu banyak jugalah baju yang dibasuh sekian hari.

Sebelum ini telah diceritakan perihal menyidai, melipat dan menyusun baju dalam almari. Ada satu lagi teknik yang boleh diperturunkan di sini terutama jika kita memiliki ahli keluarga yang ramai.


Seperti yang telah disarankan sebelum ini, lebih memudahkan jika kita menyidai baju dengan cara menggantungkan sahaja. Sudah banyak alat penyidai untuk menggantung baju yang memudahkan kerja kita.

Kebiasaannya kita hanya mengangkat baju tanpa mengira siapa yang punya dan kemudian kita longgokan secara menggunung di dalam rumah. Atau ada juga yang membawa bakul dan memasukkan baju yang telah diangkat ke dalam bakul agar mudah di bawa ke dalam rumah. Tetapi cara melonggok seperti ini mungkin kurang praktikal apabila ahli keluarga bertambah ramai. Jadi di sini saya ingin menyarankan teknik baru yang mungkin lebih sistematik dan praktikal.


Memandangkan baju sudah tersidai kemas, apabila kita mengangkat baju, kita boleh mengangkat secara bersistematik juga. Disarankan agar kita mengangkat baju bapa sahaja dulu dan kemudian di letakkan dalam almari bapa. Kemudian diangkat baju ibu sahaja dan diletakkan di dalam almari ibu. Kemudian pula angkat baju anak sulung sahaja dan diikuti seterusnya hinggalah tiba giliran kain baju bayi sahaja.



Ataupun, cadangan lain, kita boleh mengangkat baju yang perlu digantung sahaja dahulu seperti baju kerja agar mereka boleh terus digantung di almari tanpa perlu bercampur aduk dengan longgokan kain baju yang lian. Kemudian baru diangkat kain baju yang perlu dilipat pula. Tidak kisahlah apa aturannya, yang penting kita mengangkat mengikut kategori tertentu yang memudahkan pengurusan kain baju kita.

Seterusnya kita boleh kerah anak2 kita melipat baju masing2 yang sudah diasingkan longgokkannya. Tidak perlu anak2 yang kecil menyelongkar di celah longgokan baju untuk mencari baju mereka sendiri untuk dilipat. Dan kurang juga alasan mengelak yang boleh kita dengar mengatakan tiada baju mereka di dalam longgokan baju yang menggunung! Dengan pantas kita boleh mengarahkan ke arah longgokan peribadi mereka!


Untuk mereka yang berumah dua tingkat, cuba sediakan bakul2 baju untuk membawa lipatan baju ke atas dengan mudah. Tidak perlu mengangkat timbunan lipatan kain baju yang tinggi secara terhoyong-hayang menaiki tangga tetapi bertaburan separuh jalan. Atau menyusahkan diri memanjat tangga berkali2 mengangkat timbunan kain baju yang sudah dilipat dek kerana banyaknya basuhan.


Akhir sekali, sila rujuk post sistem penyimpanan baju di dalam almari untuk proses seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...