Terlebih dahulu....Ramadhan Mubarak kepada semua!
Hidup kaki pengemas tidak sah tanpa aktiviti mengemas. Pagi hari lagi sudah dirasmikan dengan aktiviti mengemas.
Mengemas juga memerlukan teknik2 tertentu yang munasabah dan praktikal – berdasarkan pengalaman kaki pengemas lah.
Antara tips dan petua yang diperturunkan oleh ibu kami kepada kami adik beradik adalah seperti berikut. Ayat2 ini sudah lazim berdendang di dalam kepala kami:
“ Bangun pagi, terus kemas rumah, sapu laman, basuh sisa2 pinggan mangkuk, mop lantai …..dll. Sambil2 tu boleh makan pagi, isi perut. Jadi, bila perut kenyang, rumah pun sudah berkemas !”
Ini yang kami gelar teknik menyambil. Teknik menyambil ini boleh digunapakai untuk segenap keadaan. Kalau pembaca perhatikan artikel yang ditulis disini, kebanyakan adalah berdasarkan teknik menyambil.
Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan teknik di atas, yalah, waktu makan perlu dihormati dan sesi makan perlu dihayati. Teknik di atas boleh diba...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....