Terlebih dahulu....Ramadhan Mubarak kepada semua!
Hidup kaki pengemas tidak sah tanpa aktiviti mengemas. Pagi hari lagi sudah dirasmikan dengan aktiviti mengemas.
Mengemas juga memerlukan teknik2 tertentu yang munasabah dan praktikal – berdasarkan pengalaman kaki pengemas lah.
Antara tips dan petua yang diperturunkan oleh ibu kami kepada kami adik beradik adalah seperti berikut. Ayat2 ini sudah lazim berdendang di dalam kepala kami:

“Bangun pagi, terus kemas rumah, sapu laman, basuh sisa2 pinggan mangkuk, mop lantai …..dll. Sambil2 tu boleh makan pagi, isi perut. Jadi, bila perut kenyang, rumah pun sudah berkemas!”
Ini yang kami gelar teknik menyambil. Teknik menyambil ini boleh digunapakai untuk segenap keadaan. Kalau pembaca perhatikan artikel yang ditulis disini, kebanyakan adalah berdasarkan teknik menyambil.
Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan teknik di atas, yalah, waktu makan perlu dihormati dan sesi makan perlu dihayati. Teknik di atas boleh dibaikpulih tidak semestinya menjadi ikutan 100%. Tetapi jangan sampai terlalu lama berlibur di waktu makan sehingga terabai tanggungjawab yang menimbun. Kajian juga ada mengatakan bahawa kita tidak boleh duduk berterusan melebihi 15 minit kerana ini tidak baik untuk otot belakang, pinggang dan saraf2 berdekatan. Seeloknya selepas 15 minit, kita berjalan sedikit untuk melancarkan semula pergerakan darah agar memastikan gaya hidup kita sihat.
Memang benar faedah mengemas ini banyak. Kajian juga menunjukkan mengemas boleh membakar banyak kalori; tidak perlu berspa dan bersauna untuk menjana peluh; tidak perlu ke gym untuk menggerakkan otot. Di rumah juga banyak sesi exercise yang boleh dilaksanakan!
Teknik di atas sedikit sebanyak mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Sambil mandi, basuh bilik air, sambil menguruskan mesin basuh, kami membasuh pinggan, sambil memasak, mengemas dapur dan berbagai lagi aktiviti. Tapi kami dimotivasikan pula dengan dendangan tips lain yang berbunyi “Cepat kemas, cepat rehat; jangan cepat rehat, rumah tak kemas2 pulak!”.
Jika difikirkan, kebiasaannya kami berasa amat berat untuk bangun pagi. Berat kerana memikirkan tanggungjawab mengemas! Bangun dari pagi bukan waktu untuk berehat, sebaliknya kena terus bergerak memastikan kebersihan kediaman.

bagi pendapat saya semua orang yang memang pengemas macam tuan blog memang mempunyai ciri2 dan sifat2 yang hampir sama!!saya tengah berusaha ke arah itu..
ReplyDeleteblog yg sgt best n berfaedah dibaca....
ReplyDeleteSalute dgn tuan punya blog.... Sy pun ke arah itu, nak memastikan rumah bersih dan kemas...
ReplyDeleteteknik menyambil ni bukan semata2 blh diamalkan di rumah je tetapi juga di pejabat. sy plg lemau dlm teknik menyambil sbb sy jenis lembap buat kerja. tp xpe, pasni akan berusaha bersungguh2 bljr teknik ni.
ReplyDeletedlm ms yg singkat byk kerja yg akan beres. terima kasih atas pengongsian info yg sgt berguna ni :)
tq for sharing ye admin :-)
ReplyDelete