Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang berselerakan. Diperhatikan juga agar sabun tidak bersepah dari kedudukan asal. Dan yang paling penting bilik air suci dan harum dari najis! Kita tentu malu sekiranya tetamu datang tanpa diundang dan meluru pula menumpang tandas dan bilik air kita. Bagi mereka yang teliti dalam aspek pengurusan rumahtangga pasti diburu rasa bimbang akan status bilik air kita waktu itu. Atas dasar kebimbangan itu, ibu saya menerapkan disiplin memantau tandas dengan kerap. Apa yang ibu saya laksanakan ialah memantau sekurang2nya sekali di waktu pagi setelah ahli keluarga selesai mandi, sekali lagi di waktu tengahari dan sekali lagi di waktu petang setelah ahli keluarga mandi petang pula. Antara aspek terpenting yang dipantau ibu saya adalah tandas tempat kita membuang. Ibu saya akan pastikan tiada sisa2 buangan yang tertinggal yang tentunya tidak enak dipandang. Beli...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....