Skip to main content

PERHIASAN KACA DAN ANAK KECIL

Tidak dinafikan naluri perempuan memang sukakan barang2 yang cantik seperti perhiasan kaca dan pasu bunga.  Bunga di atas meja di dalam pasu kaca.  Pasu tanah liat di atas lantai sebagai hiasan dan berbagai lagi.  Tetapi bila lahirnya anak2 kecil, pasu2 ini menjadi barangan bahaya untuk si kecil. 

Setelah si kecil meningkat usia 1-3 tahun, bermulalah zaman eksplorasi mereka.  Ada yang berkemampuan membeli playpen, boleh meletakkan anak2 di situ dalam keadaan terkawal, jauh dari item2 bahaya.

Walaubagaimanapun, kebanyakan kita kekurangan wang dan ruang untuk menyediakan playpen bagi si kecil, sudahnya kita biarkan sahaja mereka merayap merata2 di dalam rumah di bawah pengawasan kita.  Ada juga para ibu yang sedikit garang, akan melatih agar anak2 takut mengusik perhiasan kaca.  Lama kelamaan, mereka terbiasa setelah tangan mereka acapkali dicubit atau ditepis apabila menyentuh perhiasan kaca.  Ya, kita boleh melatih anak2 kecil menghargai perhiasan2 kaca, tetapi bagi seorang pengurus rumahtangga part-time seperti saya, latihan sebegini bukan priority saya....

Kali ini, saya menjurus tentang mengemas rumah yang hampir child-proof untuk keselamatan dan kecantikan rumah kita.

Jalan paling mudah: letak sebarang pasu atau perhiasan kaca di tempat2 yang tinggi seperti di atas almari buku dan kabinet2 yang tinggi.  Jadi, kita perlu mendongak untuk melihat bunga2an kita!  Walaubagaimanapun, ini adalah pengorbanan sementara; apabila si kecil sudah boleh dibawa berbincang, sekitar umur 5 tahun ke atas, boleh lah kita mula menghias kembali.

Saya pernah melawat rumah seorang sepupu dan saya cukup seram melihat pasu kaca ada di mana2 boleh dicapai oleh anak kecil beliau.  Tetapi rupanya, sepupu saya mempunyai idea sendiri dengan meletakkan pemberat di dalam pasu2 di lantai atau di atas meja.  Dia meletakkan batu2 atau pasir sehingga pasu menjadi berat dan tidak terangkat/terusik oleh tangan2 kecil.  Bijak juga!

Dilema ini adalah rutin setiap kali kita beranak kecil.  Cuba ikhtiarkan jalan dengan sedikit kreativiti, insyaAllah, kita dapat solusi yang berhemah!

Comments

  1. Aslmkm...
    Lama juga tgg edisi seterusnya...dpt gak knowledge br...sy stiasa follow entry saudari...seronok sgt....n saya tak sangka blog yang saya baca ni adalah blog anak kepada penyelia saya semasa saya di ITTHO....mmg kagum dengan saudari sekeluarga.... :)

    ReplyDelete
  2. salam..welcome back. selalula update blog..sangat bagus info ni. Jadi rujukan saya mengurus rumahtangga.

    Faridah

    ReplyDelete
  3. tak sabo nak baca entri terbaru sis ni. tq fot the updates

    ReplyDelete
  4. thanks to all our supportive readers ;)

    ReplyDelete
  5. Artikelnya sangat menarik pak. Terimakasih sudah berbagi.
    Jasa Arsitek

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membersihkan tilam

Tilam adalah tempat kegemaran kita. Sekembali dari pejabat, kita sering memandang geram ke tilam dan sesiapa yang kalah, akan merebahkan badan yang letih lesu di tilam sebelum berangkat ke bilik mandian pula.


Malangnya, bagi yang sudah beranak kecil, keadaan tilam yang suci kadangkala tercemar dengan pembuangan sisa bayi. Bukanlah sisa air besar, tetapi lebih kerap adalah air kecil sahaja. Lebih malang lagi, jika anak yang berusia 3-6 tahun masih mengalami "kebocoran" sekali-sekala di waktu malam.


Kebocoran ini dapat dikesan dari baunya. Yelah, najis yang kurang berwarna, apalagi jika diselimuti gebar dan bantal, kurang dapat dikesan puncanya. Tetapi, hidung para ibu yang sensitif, pasti dapat mengenalpasti kehadiran najis ini.

Sebelum ini ada ditulis siri artikel yang bertajuk Bersih Tidak Semestinya Suci. Di sini saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kebersihan dan kesucian bab tilam untuk tatapan para pembaca budiman.


Secara teorinya, najis perlu dibersihkan hingga hilan…

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi.

Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad!

Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi.

Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula.

Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh.
Jadi,…

Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’.

Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin.

Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya:
1)Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap.
2)Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju dihalakan ke luar atau ke…