Skip to main content

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU MALAM

Kalau ikutkan badan, waktu malam adalah untuk berehat sahaja, bersantai, menonton TV, bergurau senda dengan anak dan suami atau membaca bahan bacaan kegemaran masing2.

Tetapi tanggungjawab yang digalas setelah berumahtangga memerlukan kita memperuntukkan sedikit lagi waktu untuk melangsaikan apa yang perlu.  Walaubagaimanapun, jangan terlalu lama memperuntukkan waktu mengemas sehingga tiada langsung waktu senggang untuk diri, anak2 atau juga suami/isteri.

Langkah pertama selepas makan malam adalah mengajak kesemua ahli keluarga membantu menyelesaikan hal2 di dapur.  Latih anak2 mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga.  Bahagikan tugas untuk menyimpan baki makanan ke dalam tupperware, mengelap meja dan menyusun atur perkakas yang telah digunapakai.  Pilih ahli keluarga untuk menyapu lantai dan mengelap kabinet2 di dapur jika tidak sempat dikemas setelah memasak tadi.

Selepas mengemas, tinggalkan pesanan agar sesiapa yang makan kudapan atau minum sebelum tidur perlu pastikan membasuh perkakasan seperti pinggan dan cawan dan jangan dilonggok ke dalam sinki sahaja.

Sambil memantau anak2 dan suami melakukan aktiviti mengemas dapur, ibu boleh menyiapkan bahan untuk sarapan keesokan pagi dan disimpan ke dalam peti sejuk.  Esok pagi tinggal menggoreng sahaja menggunakan bahan2 yang telah disediakan.


Cukuplah aktiviti mengemas seharian.  Sekiranya kain baju belum disusun ke dalam almari, pastikan ahli keluarga menyusun sebelum berehat tidur.  Waktu selepas makan wajar digunakan untuk bersantai bersama ahli2 keluarga dan berbincang tentang permasalahan harian anak2, suami dan isteri.  Lupakan sebentar keperluan mengemas dan tumpukan perhatian kepada aktiviti menjana silaturrahim pula.

InsyaAllah dengan sedikit perancangan teratur, pengurusan rumahtangga anda akan efektif.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur...

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata...