Skip to main content

TIPS PINDAH RUMAH - PART 1

 

Saya bakal berpindah, Insyallah. Jadi saya kongsikan sikitlah pengurusan mengemas barang. Kenapa pindah? Next time saya cerita ya.

Sejak bekerja, saya dah 3 kali bertukar tempat kerja, dan 5 kali pindah rumah. Akan datang ni rumah ke-6. Ilmu pindah memindah ni banyak saya perolehi dari kedua ibubapa saya. Sepanjang bapa saya bertugas dahulu, kami dah berpindah randah lebih dari 15 kali. Sejak saya dari alam roh lagi😊😁.

Bapa saya penjawat awam. Jadi pindah-pindah tu perkara biasa. Pindah kerana tukar skim, pindah kerana naik pangkat, pindah kerana sambung belajar. Saya sendiri banyak kali bertukar sekolah. Ada di Ipoh, ada di JB, ada di Batu Pahat, ada di Melaka.

Ada satu kenyataan dari bapa saya: "Bertugas sebagai penjawat awam, bersedia untuk dipindahkan."

Saya ingat dan saya semat dalam hati. Jadi bila kena pindah, takdalah saya terkejut gegar vaganza.

Okay, hari ni tips pertama.

1. Mula-mula kenalpasti agak-agak bila nak pindah. Bila dah tau, cek semua barang-barang yang ada dalam rumah.

2. Kenalpasti barang yang ingin disisihkan/derma/buang.

3. Kenalpasti barang-barang yang tak digunakan dalam tempoh beberapa bulan sebelum pindah. Barang tak penting yang bukan essential.

4. Dapatkan kotak atau storage box atau apa2 container yang bersesuaian mengikut apa yang nak di pack.

5. Barang berat seperti pinggan mangkuk masuk kotak kecil atau sederhana. Barang ringan boleh masuk kotak besar. Tapi kotak jangan besar gila sangat. Kang susah nak angkat.

6. Lepas pack dan seal, labelkan setiap permukaan kotak dengan nombor (rujuk gambar 1). Kenapa? Kejap lagi saya bagitau. Penting ya tulis kat setiap permukaan supaya kalau kotak tu terbalik-balik pun, kita nampak nombornya. Kalau barang fragile, letak tape fragile.

7. Wujudkan buku inventori kotak. Tulis, nombor kotak dan penerangannya (rujuk gambar 2). Apa isi dalam kotak tu. Buku ni NYAWA perpindahan. Kalau hilang buku ni.. Kita lost.

Fungsi inventori ni adalah untuk kita tahu apa isi kotak-kotak tersebut. Ianya amat berguna bila sampai di rumah baru.

Bila tau barang dalam kotak, masa unload barang dari lori ke dalam rumah.. Kita boleh terus tuju ke bahagian dalam rumah yang bersesuaian. Kalau isinya pinggan mangkuk, terus letak di dapur. Kalau isinya tuala, letak dalam bilik.

Tapi ada juga masa orang dah tak larat sebab penat. So mereka stack je kotak-kotak tu. Kita nak cari barang, takkan nak bukak kotak secara rawak kan? Jadi kita baca dulu buku inventori, dah tau nombor kotak, cari je kotak tu. Kotak disusun tonggang terbalik? Tiada masalah sebab kita dah tulis nombor pada setiap permukaan kotak.


   

Penting ya pengurusan mengemas ni. Supaya kita tak haruk sangat masa pindah keluar rumah lama dan masuk rumah baru. Buat awal, slowly.

Oh, ya.. Kemahiran menyusun barang dalam kotak dan mengoptimumkan susunan, banyak saya perolehi dari hasil bermain game tetris satu ketika dahulu. Kemahiran ni saya dah turunkan pada suami saya😂

Sekian, tips pertama.





Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...