Skip to main content

TIPS PINDAH RUMAH - PART 3

Sebelum pindah, bersihkan peti sejuk dulu. Alang2 kosongkan peti, biar bersih terus. Bersihkan peti ni kena buat berkala. Jangan peruk2 barang selagi boleh. Nanti peti berbau. Susun elok2. Tak perlu susun sampai nak berlabel bagai macam dalam insta tu. Kalau konten instagram, spageti yang memang ketara itu adalah spageti - pun nak label! Susun kemas2 cukuplah.

Bahagian yang boleh tanggal, tanggalkan dan basuh dengan sabun. Yang tak boleh tanggal tu.. Lap bersih2 dengan kain. Guna kain lap bersih. Jangan pulak guna kain lap dapur, lap air tumpah bagai tu.

Lap banyak kali. Lap sekali tak cukup. Cek barang2 expired. Buang. Tempat sayur tu, kalau tak pernah cuci, cuba tarik keluar sampai habis.. Mesti panoramanya mengagumkan. Kemas peti sejuk ni, bergantung kepada tahap kepadatan barang2 dlm tu. Lagi mampat, lagi lama tempoh pembersihan.


Ikan, sotong, udang, ketam dan apa2 barang basah, letak elok2 dalam bekas dan susun. Buah mangga tu, konon saya nak buat smoothie. Ada bekas air frappucino tu. Saya beli Mocha Crumble. Saya beli semalam kat Baen Kopi. Sedap. Macam level Coffee Bean. Orang Mersing boleh cari. Google je. Ada oden juga. Bolehla.. Macam Famili Mart. Sorry, menyimpang cerita jap.

Lepas pencen, saya bercadang untuk membuat servis kemas peti sejuk. Harga bergantung tahap keseriusan keadaan peti sejuk. Saiz kecil RM50, saiz standard 2 pintu RM80-RM100, saiz besar yang pintu sebelah2 kiri kanan atas bawah RM120-Rm150. Saya bukan sekadar kemas peti sejuk, saya akan basuh sekali semua pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu, tupperware, cawan tealive bagai yang diletak dalam tu dah berminggu2.


Sampai rumah baru, bukak peti ais nak minum air, fuh..hilang penat sebab esbok dah berkilat.

Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...