
Ketika itu sayalah pembantu rumah, sayalah pemandu. Jadual harian saya sangat padat. Saya akan bangun sekitar 6.30(ni pun dah kira lambat) dan takkan tidur semula. Saya akan bergegas ke luar rumah dan mulakan aktiviti membersihkan tahi cicak menggunakan suratkhabar basah di beranda dan teres luar! Mak saya memang tak kasi tahi cicak itu disapu begitu sahaja menggunakan penyapu biasa. Kata beliau: "Dah sapu tahi cicak pastu sapu tempat lain pulak. geli!".
Jadi, pagi2 saya akan jadi pemburu tahi cicak. Semua sudut dan ceruk saya akan perhati. Kalau semua ok, saya akan menyapu pulak teres tersebut. Dah sapu saya akan mop pulak. Wah! penatnya. Kalau beginner, 1jam pun belum tentu siap. Tapi kalau dah cekap, setengah jam dah cukup dah.
Lepas tu aktiviti menyapu segenap halaman rumah. Saya kena tawaf satu rumah. dah sapu laman, saya akan siram semua tanam-tanaman. Sekali lagi saya kena tawaf satu rumah. Saya dah budget, kerja2 ni mesti disiapkan sebelum pukul 10. (luckily, I didn't have to prepare breakfast).
Pukul 10-11 saya akan berehat sebentar di dapur dan minum2 sambil tengok kartun 'Totally Spies'. Lega rasanya bila air sejuk dah masuk tekak. Sambil2 tengok kartun saya akan kemas dapur. Lap labinet, lap meja, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, sidai baju dan masak. Yang ni pulak saya budget sebelum pukul 1 ptg mesti siap.


Ini pun tak cukup teruk. Masa ni adik2 saya semua dah duduk asrama. Fasa sebelum ni, saya jadi maid and driver ketika adik2 saya masih bersekolah di sekitar situ. Langsung tak sempat nak tidur. Asyik back n forth dari rumah. Kali terakhir masa saya tengah tunggu panggilan kerja. Masa ni mak saya dah pandai memandu. Jadi banyakla masa terluang...so, kesimpulannya saya berjaya melaksanakan tugas yang mencabar ini kerana saya berpegang pada prinsip mak saya iaitu CEKAP! CEPAT! TEPAT! (hehe...). Disiplin mesti mau jaga. Lagi satu mak saya pesan "Mata kena sentiasa tengok jam!"(perasan tak, semua yang mak saya cakap mesti ada exclamation mark.)
Pensyarah saya pernah pesan "boleh main, tapi jangan main-main. boleh duduk, tapi jangan duduk-duduk. boleh makan, tapi jangan makan-makan...."
ni macam awa je..?
ReplyDeleteof course la... cerita diri sendiri .... nak cerita pasal sapa lagi...
ReplyDeletekah kah kah. mana bleh kantoikan identiti org. jahat tu.
ReplyDeleteBest cerita awak!
ReplyDeleteSy suka ;)