Skip to main content

CEKAP! CEPAT! TEPAT!

Saya selalu teringat peristiwa yang berlaku pada saya masa tahun 2000an. Semasa saya tengah cuti semester. Mak saya pun ada kerjaya sendiri sebagai guru Al-Quran. Saya ditugaskan mengambil alih semua kerja rumah!

Ketika itu sayalah pembantu rumah, sayalah pemandu. Jadual harian saya sangat padat. Saya akan bangun sekitar 6.30(ni pun dah kira lambat) dan takkan tidur semula. Saya akan bergegas ke luar rumah dan mulakan aktiviti membersihkan tahi cicak menggunakan suratkhabar basah di beranda dan teres luar! Mak saya memang tak kasi tahi cicak itu disapu begitu sahaja menggunakan penyapu biasa. Kata beliau: "Dah sapu tahi cicak pastu sapu tempat lain pulak. geli!".

Jadi, pagi2 saya akan jadi pemburu tahi cicak. Semua sudut dan ceruk saya akan perhati. Kalau semua ok, saya akan menyapu pulak teres tersebut. Dah sapu saya akan mop pulak. Wah! penatnya. Kalau beginner, 1jam pun belum tentu siap. Tapi kalau dah cekap, setengah jam dah cukup dah.

Lepas tu aktiviti menyapu segenap halaman rumah. Saya kena tawaf satu rumah. dah sapu laman, saya akan siram semua tanam-tanaman. Sekali lagi saya kena tawaf satu rumah. Saya dah budget, kerja2 ni mesti disiapkan sebelum pukul 10. (luckily, I didn't have to prepare breakfast).

Pukul 10-11 saya akan berehat sebentar di dapur dan minum2 sambil tengok kartun 'Totally Spies'. Lega rasanya bila air sejuk dah masuk tekak. Sambil2 tengok kartun saya akan kemas dapur. Lap labinet, lap meja, sapu sampah, mop lantai, basuh baju, sidai baju dan masak. Yang ni pulak saya budget sebelum pukul 1 ptg mesti siap.

Lepas tu saya pergi mandi dan solat zuhur. Dalam pukul 2 saya kena bersiap2 untuk hantar mak saya ke kelas. Dah hantar, saya balik rumah dan take a nap sekejap. dalam pukul 4ptg, saya akan angkat kain, lipat dan susun. Pukul 5ptg saya akan ambil mak saya dari kelas dan hantar ke kelas kedua. Balik semula ke rumah. Siram tanam-tanaman sekali lagi (memandangkan cuaca terlampau panas). Dalam pukul 6.30 saya akan ambil mak saya balik. Pukul 8mlm saya hantar mak ke kelas malam pulak dan berakhir pukul 10mlm....hah! exhausted gilerrr!

Ini pun tak cukup teruk. Masa ni adik2 saya semua dah duduk asrama. Fasa sebelum ni, saya jadi maid and driver ketika adik2 saya masih bersekolah di sekitar situ. Langsung tak sempat nak tidur. Asyik back n forth dari rumah. Kali terakhir masa saya tengah tunggu panggilan kerja. Masa ni mak saya dah pandai memandu. Jadi banyakla masa terluang...so, kesimpulannya saya berjaya melaksanakan tugas yang mencabar ini kerana saya berpegang pada prinsip mak saya iaitu CEKAP! CEPAT! TEPAT! (hehe...). Disiplin mesti mau jaga. Lagi satu mak saya pesan "Mata kena sentiasa tengok jam!"(perasan tak, semua yang mak saya cakap mesti ada exclamation mark.)

Pensyarah saya pernah pesan "boleh main, tapi jangan main-main. boleh duduk, tapi jangan duduk-duduk. boleh makan, tapi jangan makan-makan...."

Comments

  1. of course la... cerita diri sendiri .... nak cerita pasal sapa lagi...

    ReplyDelete
  2. kah kah kah. mana bleh kantoikan identiti org. jahat tu.

    ReplyDelete
  3. Best cerita awak!
    Sy suka ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk