Skip to main content

Dinner is served!

Apabila mempunyai keluarga, kita tidak dapat lagi makan luar setiap hari. Ini kerana belanja yang mahal di samping pemakanan yang tidak seimbang. Juga persekitaran yang kurang sihat seperti asap rokok dan debu jalanan.

Ramai isteri2 dan ibu2 bekerjaya akan melaksanakan tugas2 memasak di rumah sepulangnya dari kerja. Tetapi tidak dapat dinafikan ramai dari kita yang keletihan selepas pulang dari kerja. Kita inginkan makanan yang sihat, dengan nutrisi dan gizi yang seimbang untuk keluarga. Tetapi kadang2 kita keletihan untuk menyiang ikan dan sayur, mengopek bawang, menumis, membasuh perkakas memasak, seterusnya membersihkan dapur. Di sini ada beberapa saranan dan alternatif yang mungkin sesuai:

Alternatif 1:

Kita boleh memasak di awal pagi lebih kurang jam lima. Pastikan kita tidur awal sekitar jam 10 malam dan boleh lah kita bangun lebih awal dari ahli keluarga lain untuk memasak bagi juadah hari tersebut. Cadangan ini ideal untuk mereka yang sudah mempunyai anak2 yang bersekolah dan pulang di waktu tengahari untuk makan. Jadi, tidaklah ibu terkocoh2 pulang menyediakan hidangan tengahari sewaktu lunch hour yang sungguh singkat. Para ibu cuma perlu pulang ke rumah sewaktu lunch hour dan memanaskan lauk-pauk yang sudah dimasak pagi tadi. Walaubagaimanapun, tidak ramai dari kita yang beruntung tinggal berdekatan dengan tempat kerja. Ramai dari kita tidak mempunyai kesempatan untuk pulang waktu tengahari atas pelbagai alasan.

Alternatif 2:
Saranan ini adalah dari Ibu mertua saya. Ibu mertua saya pernah bekerja dan memasak apabila pulang ke rumah. Saranannya, luangkan masa di hari minggu untuk mengupas bawang, ikan bilis, halia, memotong cili, dan berbagai lagi keperluan memasak. Kemudian bahan2 tersebut dikisar siap2 dan dimasukkan ke dalam bekas2 berasingan lalu disimpan di dalam peti ais. Pastikan stok bahan cukup untuk seminggu. Jadi, apabila kita pulang dari kerja, kita cuma perlu menyiang ikan dan sayur. Untuk menumis, kita hanya perlu menyedok sesudu dua dari bahan2 yang sudah kita siapkan di hujung minggu tadi. Tidaklah kita perlu memasak from scratch.
Cuma, berapa ramai di antara kita sanggup mengupas bawang sebagai riadah di hujung minggu?

Alternatif 3:

Teknik ini pula pernah dilaksanakan oleh mak saya sendiri. Apabila mak saya mempunyai jumlah anak yang semakin meningkat iaitu 7 orang, dia mula tak menang tangan untuk mengemas rumah dan memasak. Sebagai solusinya, dia menggunakan perkhidmatan home catering. Setiap hari caterer tersebut dibekalkan dengan sebuah mangkuk tingkat untuk diisi lauk-pauk dan kemudian dihantar ke rumah kami. Mak saya cuma perlu memasak nasi sahaja. Sekurang2nya kami masih dapat merasa home-cooked food.

Alternatif 4:

Saranan ini banyak dipraktikkan oleh teman2 saya sendiri. Mereka membeli lauk-pauk di kedai dan kemudian pulang untuk memasak nasi sahaja di waktu petang. Jadi sempatlah kita bersantai semasa mandi dan sembahyang selepas pulang dari kerja jam 5. Daptalah kita berdandan serba sedikit. Apabila suami pulang dari kerja, suami akan terbau keharuman kita dan bukannya berbau ikan bilis dan belacan!

Alternatif 5:
Ambil sajalah pembantu rumah, sekiranya anda tergolong mereka yang mampu!

Comments

  1. Untuk mereka yg suka masakan pedas dan malas nk mesin cili kering slalunya suka beli cili boh..tapi suami krg suka sb rasa masam ..solutionnya seminggu skali potong cili kering byk2,rebus,blender dn tumis dgn sgala perasa dgn api perlahan slama sejam smbl2 kita buat keja.smpn dlm peti ais.nk guna cedok je dan tmbh apa patut prasa yg patut.mcm cili boh..blh tahan sminggu.lg lm msk lg lama tahan ..pastinya rsnya sedap dr cili boh.

    ReplyDelete
  2. Salam puan,

    Saya teruja membaca hasil tulisan puan. Selepas saya menjadi isteri pada 8 bulan yang lepas, saya mula menyedari pentingnya seorang isteri terhadap masa. Tambah2 lagi isteri yang bekerja seperti saya. Dalam masa yang sama untuk menjaga keluarga (walaupun masih belum memiliki anak) namun rutin harian saya di rumah agak sibuk.

    Saya selalu mengamalkan Alternatif 3 dan tidak sangka juga terjumpa di dalam blog puan ni. Saya pernah di ajar oleh guru saya seaktu sekolah menengah iaitu cara-cara memasak yang pantas bagi wanita bekerjaya. Waktu itu saya belajar Kemahiran Hidup aliran Ekonomi Rumah Tangga.

    Di samping itu juga ibu saya sendiri sering menasihati saya perkara yang sama. Iaitu sediakan bahan makanan secukupnya pada waktu-waktu lapang terutamanya ketika suami bermain futsal ataupun hujung minggu ketika waktu lapang.

    Dengan ini kita dapat menjimatkan masa kita di dapur dan juga tak perlu lagi bergegas ke situ sini. -sekadar berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...