Skip to main content

Pengurusan memasak ekspres

Pengurusan masa sangat penting dalam kehidupan kami adik beradik. Ayat lumrah yang kami sering dengar : "Mata kena selalu tengok jam!". Ini bermaksud betapa pentingnya masa dan penekanan ini sering diberikan dalam setiap tugasan kami di rumah. Termasuklah tugasan memasak di dapur.

Kami juga digalakkan untuk think ahead and plan ahead. Ini memudahkan perlaksanaan sesuatu perkara. Sama sekali jangan waktu nak buat, baru nak fikir. Nanti memakan masa pula. Dari segi memasak, kami perlu memikirkan dari awal menu yang akan dihidangkan. Seterusnya, boleh mula mengeluarkan ikan atau ayam untuk defrost seawal jam 9 atau 10 pagi. Nasi juga perlu dimasak dahulu sebelum kerja2 memasak bermula agar bila lauk siap, nasi juga sudah dimasak.

Kami selalunya memulakan tugasan memasak jam 11 pagi. 1 jam diperuntukkan untuk aktiviti memasak secara ekspres dan 1 jam lagi untuk mengemas dapur sehingga berkilat. Lauk harian yang dipilih berkisar 1 lauk daging (ikan, ayam etc) berupa sambal atau kuah, dan 1 lauk sayuran, biasanya goreng atau masak air.

Proses perlu dimulakan dengan menyiang ikan lalu di perap sekejap sekurang2nya dengan garam dan kunyit. Sementara menunggu ikan diperap, kami mengupas bawang2, ikan bilis, halia dan lain2 rencah seterusnya dihiris atau ditumbuk. Rencah2 ini disediakan untuk lauk daging dan juga lauk sayuran sekaligus dan dipecahkan kepada dua mangkuk berlainan. Sayur2 juga boleh dipotong dan dibasuh. Kami biasanya menggunakan beberapa besen dan mangkuk sahaja untuk proses ini. Jika bekas agak besar, boleh diletakkan bahan2 masakan dalam kumpulan berasingan. Digalakkan meminimakan penggunaan bekas agar dapur tidak bersepah lalu melambatkan proses mengemas.

Untuk aktiviti di atas meja, kami digalakkan untuk membentang suratkhabar seluas2nya. Apabila selesai memotong dan menyiang, tinggal dibungkus sahaja dan terus dibuang. Alas meja tidak akan comot dan proses mengelap meja akan lebih mudah.

Selesai mengupas dan memotong, barulah kami bergerak ke dapur gas untuk memulakan tugas2 menumis. Selalunya kami digalakkan menggunakan 1 kuali sahaja untuk menjimatkan masa mengemas dan mencuci kelak. Jadi, pertama sekali kami menggoreng sayur kerana gorengan sayur tidak begitu comot di kuali. Sesudah masak, alihkan sayur ke dalam mangkuk. Kuali tadi boleh dibilas sedikit dan kemudian dimasukkan minyak untuk menggoreng ikan pula. Memandangkan ikan goreng mengambil masa yang agak lama, kami digalakkan untuk membuat kerja2 mengemas sambil menunggu ikan masak. Tidak digalakkan duduk2 berehat semasa memasak. Sepatutnya sambar kesempatan dan mengamalkan konsep multitasking semasa memasak agar masakan cepat siap dan dapur segera kemas. Konsep ibu saya - cepat siap, cepat rehat. Jangan rehat cepat, lambat siap.

Jadi, sementara ikan sedang berperang di dalam kuali, kami akan mengelap meja yang sudah selesai dipakai tadi dan juga membasuh pinggan mangkuk yang sudah selesai diguna. Sekali sekala kami berhenti untuk membalikkan ikan. Selalunya kami cuba menyiapkan aktiviti membasuh pinggan dan mengelap sebelum kesemua ikan selesai digoreng.

Apabila ikan selesai digoreng, kami akan memulakan tugasan memasak kuah ikan. Jadi, minyak ikan tadi dikeluarkan sebahagiannya dan bakinya kami gunakan untuk menumis bawang. Ini sesuai untuk masakan sambal atau kicap yang menjadi menu lazim di rumah kami.

Setelah segala tugasan memasak selesai. Kami akan membasuh kuali dan saki baki perkakas memasak. Kemudian kami akan mengelap dapur gas dan di keliling tempat memasak yang terdapat banyak kesan percikan minyak. Jangan lupa angkat dapur gas untuk mengelap di bahagian bawahnya. Boleh juga diambil kaki tungku dan dibasuh dengan sabun untuk menghilangkan minyak yang terlekat.

Seterusnya, kami akan mengelap semua kabinet (termasuk pintu2 kabinet) dan kaunter dapur dan pastikan segala kekotoran dilap. Jangan lupa lap juga bahagian luaran peralatan dapur seperti blender, microwave dan bekas2 simpanan gula dan termasuk juga bahagian luar peti ais. Sesudah itu, dapur perlu disapu dan tamatlah tugasan memasak di dapur. Oh ya! Sekurang2nya seminggu sekali jangan lupa mop lantai dapur. Lebih elok jika dibuat tiap2 hari, jika masa mengizinkan.

Selesai segalanya, jam pada waktu itu selalunya menunjukkan sekitar jam 1. Makan time!!!

Comments

  1. cara kak dahlia nie memang diamalkan oleh kakak saya. dulu saya jarang2 masuk dapur, jadi ble tolong kakak kat dapur saya hentam kromo je...sudahnya kene tegur jela memanjang, tapi lama2 dh terbiasa dan nampak perbezaan cara saya dulu dan sekarang setelah berguru secara x langsung ngan kakak saya. btol2 memberi manfaat...

    ReplyDelete
  2. suka sgt2....sbb mmg dpt jadikan panduan...rugi cuti sem xbaca panduan2x ni...bolehla sy jd anak y berjasa kpd mak ayah...huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata