Bunga-bungaan adalah kemestian di dalam aspek hiasan rumahtangga. Sepasu di atas meja makan, sejambak di sudut ruang tamu dan pelbagai lagi ruang yang ada. Ada di kalangan wanita yang tidak berapa sukakan jambangan bunga apalagi yang bercirikan plastik. Mereka mungkin memilih gaya minimalis atau zen style mengikut trend terkini. Tetapi ada wanita yang sangat menggemari bunga. Ini termasuklah ibu saya sendiri. Hampir setiap sudut dihiasi bunga. Hampir setiap meja terletak bunga. Hampir setiap para juga dibariskan dengan bunga. Dan tidak ketinggalan, bilik air di rumah ibu kesemuanya memiliki jambangan bunga masing-masing! Begitulah hebatnya penangan bunga sebagai hiasan bagi mereka penggemar bunga. Ramai orang yang menggemari bunga akan membeli, menggubah dan kemudian diletakkan di tempat-tempat tertentu. Setelah sekian lama, bunga ini akan kelihatan berselupat diselaputi sawang kecil dan debu. Ada pemilik rumah yang perasan dan ada yang tidak. Seelok-eloknya, bunga yang dibeli dahulu ...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....