Seringkali, kita mengungkit budaya bangsa Jepun dalam bab kemas-mengemas ini. Saya pernah terdengar orang bercerita bahawa orang Jepun akan secara otomatik menyusun selipar atau kasutnya mengadap ke luar. Lalu, apabila mereka keluar rumah, mereka akan terus menyarung selipar tanpa perlu berpusing mengadap rumah. Rajin sungguh, dan komited sungguh mereka. Satu lagi budaya orang Jepun yang saya pernah dengar, mereka sering mengingatkan agar meninggalkan tandas dalam keadaan asal seperti sebelum kita menggunakannya. Maksudnya, jika tandas tersebut dalam keadaan bersih, pastikan kita tinggalkannya dalam keadaan bersih juga. Kalau keadaan tandas asalnya kotor, jangan pula kita membalas pada orang seterusnya... Proses menggunakan tandas ini pun perlu diajar kepada segelintir kita. Ramai orang tahu teknik beristinjak dengan baik tetapi meninggalkan tandas dalam keadaan berbau tanpa dijirus dengan rapi. Bagi kami adik beradik, kami sering dipesan agar menjirus najis dengan jirusan yang banyak...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....