Skip to main content

TOILET WORLD

Kalau pembaca mahu tahu, dalam sehari, ibu saya memeriksa tandas beberapa kali. Diperhatikan susunan berus gigi agar jangan ada yang berselerakan. Diperhatikan juga agar sabun tidak bersepah dari kedudukan asal. Dan yang paling penting bilik air suci dan harum dari najis!

Kita tentu malu sekiranya tetamu datang tanpa diundang dan meluru pula menumpang tandas dan bilik air kita. Bagi mereka yang teliti dalam aspek pengurusan rumahtangga pasti diburu rasa bimbang akan status bilik air kita waktu itu. Atas dasar kebimbangan itu, ibu saya menerapkan disiplin memantau tandas dengan kerap.

Apa yang ibu saya laksanakan ialah memantau sekurang2nya sekali di waktu pagi setelah ahli keluarga selesai mandi, sekali lagi di waktu tengahari dan sekali lagi di waktu petang setelah ahli keluarga mandi petang pula.

Antara aspek terpenting yang dipantau ibu saya adalah tandas tempat kita membuang. Ibu saya akan pastikan tiada sisa2 buangan yang tertinggal yang tentunya tidak enak dipandang. Beliau juga akan mengangkat lapik duduk (sekiranya tandas duduk) untuk memastikan tiada sisa2 yang kelihatan. Jika ada sudah pasti jirusan dan berusan menjadi langkah seterusnya.

Sepatutnya tugasan di atas adalah tanggungjawab orang terakhir yang menggunakan tandas. Elok kita periksa berkali2 sebelum melangkah keluar dari tandas agar tidak menyakitkan mata dan hati pengguna seterusnya. Pastikan ubat gigi dan berus gigi tersusun rapi seperti asalnya. Begitu juga perkakasan mandi yang lain seperti bekas sabun dan syampu agar orang lain dapat menggunakan tandas dengan selesa.

Beruntunglah kita sekiranya ada ahli keluarga seperti ibu saya yang hobinya memantau kegunaan tandas dan tidak bosan mengingatkan ahli2 keluarga agar menjaga kebersihan tandas. Malangnya kebanyakan manusia tidak mampu dan tidak ingin untuk menjadi jaga tandas, jadi, eloklah tugas ini kita pikul di bahu masing2. Tidak perlu menyusahkan sesiapa!

Sesungguhnya pendidikan kebersihan itu sewajarnya bermula dari rumah bukan di kempen2 melalui televisyen.

Comments

  1. ibu awak seorang yang sungguh rajin dan berdisiplin.. kalau la saya boleh jadi macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah semua orang boleh jadi macam tu kalau betul2 usaha :)

      Delete
  2. salam,

    saya juga seperti ibu awak... toilet rumah melambangkan kebersihan sesebuah keluarga...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt

    Saya Zamri Mohamad, penulis buku dan pembangunan kerjasama penulis baru. Saya berminat berusaha membawa idea-idea ini untuk dibukukan. Mohon emel ke zamrimohamad@gmail.com agar dapatlah kita berdiskusi JV yang bersesuaian, dengan izin Allah.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    lama menyepi blog ni. saya suka baca tips2 kemas rumah kt sini .. pls update yek. tq

    ReplyDelete
  5. Terima kasih saudara Zamri atas minat dan penghargaan tersebut. Sememangnya pihak kami sedang dalam proses untuk membukukan tips-tips ini supaya manfaatnya dapat lebih diperpanjangkan..

    ReplyDelete
  6. terimakasih , home sweet home
    banyak idea awak tu saya dah praktik dalam kehidupan banyak yang sama sebab allahyarham mak saya pun rajin dan pembersih macam mak awak jgk kita boleh bezakan rumah yang selalu kemas dengan yang tak berkemas bersepahnya lain...tentang kainbaju tu mmg kalau cerita tak habis..anak saya pun ramai lelaki 4 org longgokan mmg selalu ader tapi sy mesti jerit jgk..sapa punya tuala ni longgok ..sidaiii nanti busuk kadang-kadang suami pun sama ..bab ni mmg agak stress...saya lipat kain seminggu 2 kali sahaja tak buat setiap hari saya asingkan baju kerja dan sekolah ...t shirt saya kumpul dulu sbb saiz sama dan mudah lipat....lg pun stok t-shirt bnayak...kain yg besar -besar sy lipat dan pakain dalam sy lipat jadi masih ada yg blom diurus ..t -shirt sy akan lipat utk sesi kedua dalam minggu tu...pakain semua gosok sendiri...
    awak banyak bagi tips ..terutama stor saya akan cuber utk ikut tips tips tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...