Skip to main content

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PAGI

Ada permintaan dari pembaca untuk menyenaraikan tugasan harian untuk surirumah sepenuhmasa.  Tajuk tersebut memerlukan kupasan yang panjang.  Saya bahagikan kepada segmen pagi, petang dan malam.

Di bawah adalah cadangan rutin di waktu pagi...

Seperti yang pernah disebut sebelum ini, tugasan kita bermula sebelum tidur malam sebelumnya lagi....Kita perlu rancang apa yang hendak dimakan sebagai sarapan dan siap2 menyediakan bawang dan apa2 lagi ramuan yang diperlukan.  Kalau esok akan menggoreng mee, ramuan2 tersebut perlu siap ditumbuk dan mi siap direndam di waktu malam, tinggal lagi kita menumis dan menggoreng di waktu pagi.  Begitu juga kalau menu sarapan adalah cekodok, kita perlu membancuh tepung dan pisang atau bawang dan disimpan di dalam peti ais, tinggal lagi kita menggoreng di waktu pagi. Boleh rujuk artikel terdahulu: Bangun Pagi

PAGI KEESOKANNYA

Disarankan kita bangun dan mencuci diri sebelum subuh.  Selesai sembahyang subuh, kita "on"kan mesin basuh dan kemudian ke dapur menyediakan minuman dan sarapan.  Setelah suami dan anak2 ke sekolah, bolehlah menyidai pakaian pula dan menyapu laman atau menyiram pokok.

Jika anak kecil sudah terbangun, bolehlah kita memandikan anak dan menyuap mereka makan.  Setelah mereka selesa, berikan mereka aktiviti menulis, mewarna atau menonton rancangan didikan.  Kita pula perlu berkemas seperti menyapu, mengelap debu dan membasuh pinggan mangkuk.  Sekiranya mempunyai anak kecil, Sebaik2nya kita tangguhkan mengemop ke hari minggu atau sehingga ada orang lain yang boleh mengawasi si kecil. 

Ada orang bergegas menyapu dan mengemop sebelum anak kecil bangun pagi.  Itu terpulang kepada perancangan dan kecekapan masing2.  Berkemas lah mengikut kemampuan diri, bimbang jika berkemas dalam keadaan tergesa2 dan terkocoh2, kita diancam bahaya seperti tergelincir lantai licin atau sebagainya.  Elok mengemas dalam keadaan tenang supaya hasil kemasan juga rapi.

Jangan lupa, lebih kurang jam 9pagi, sewajarnya kita keluarkan ikan/ayam/daging dari freezer untuk dimasak lauk tengahari.  Jadi sementara mengemas, ikan atau daging sempat nyahbeku dan sedia dimasak sekitar jam 11 pagi.  Kalau perlu marinade, boleh juga marinate ikan atau ayam atau daging tersebut.

Lebih kurang jam 11 pagi, anda boleh mula ke dapur, memasak nasi dan lauk pauk.  Sila rujuk Pengurusan Memasak Ekspres  untuk teknik memasak yang cekap.  Anda sewajarnya tamat sesi memasak sekitar jam 1 petang.

Bersambung....




Comments

  1. Blog yg best. Ana ibu yg bekerja shift dgn 3 anak. Kekdg rasa down dgn workload yg byk d rumah. Libatkan anak dlm tugas rumah idea yg best. X sabar tunggu next entry.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur...

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata...