Anda pasti pernah mengalamai situasi di mana anda dan keluarga anda akan meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Mungkin anda sekeluarga balik ke kampung beraya, menghadiri kenduri kendara, bercuti dan lain2. Biasanya, bila kita nak pergi ke suatu tempat kita akan rasa teruja tetapi bila balik dari suatu tempat, kita akan rasa penat dan kalau boleh nak terus baring dan tidur. Ha…berapa ramaikah di antara anda yang rasa agak tertekan bila balik ke rumah. Ye lah terpaksa kosongkan baju dari beg, itu belum lagi dicampur dengan baju dalam bakul kotor yang belum dibasuh. Buka sahaja pintu rumah nampak pula mainan anak bersepah-sepah di ruang tamu. Masuk pula ke dapur ada pula bekas-bekas cawan dan pinggan yang tidak dibasuh, dan rak pinggan tidak dikosongkan. Kemudian masuk ke bilik, lihat katil tidak berkemas dan baju bersepah-sepah. Soalannya:Tidakkah anda mahu rasa nyaman dan selesa sebaik sahaja tiba di rumah? Kalau perlu kemaspun hanya sedikit sahaja. Itupun kemaskan beg baj...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....