Skip to main content

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?


Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point, saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih.

Well, zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni :


Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware. Hehe

Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk yang tertumpah. Tak banyak, sikit mesti ada. Dahhh, nak kena lap pulak. Huhu. So, cara yang lebih efektif adalah:

TUANG SERBUK MINUMAN ANDA DI DALAM BEKAS.

1.       Cari bekas yang sesuai. Contohnya, balang kuih yang tidak dipakai. Buka dan letak di dalam sinki. (Pastikan sinki kosong dan bersih)

 


2.       Buka packaging serbuk minuman anda.
3.       Bawa serbuk minuman anda ke bekas yang anda letak di dalam sinki tadi dan tuang.
4.       Buang packaging yang dah kosong tu, tutup bekas anda dan simpan. Siap !
  
Haa senang tak? Tapi persoalan di sini, kenapa perlu tuang dalam sinki? 
Ibu kami selalu pesan, “nak tuang apa2, tuang dalam sink. Kalau tumpah, senang”. Sebabnya, tak perlu nak lap2. Kalau tumpah, bukak je air paip tu. Settle. Hehe. 
Bila dah tuang, simpanan anda akan nampak seperti gambar di bawah ni. So lepas ni tak perlu dah nak korek2 serbuk koko tu kalau nak buat air. Kebarangkalian nak tumpah pun dah kurang. 




Tips ni boleh juga anda praktikkan untuk pelbagai makanan kering lain. Contohnya tepung, gula, garam, serbuk kari, serbuk kunyit, dan lain lain. Jangan lupa, susun bekas makanan anda elok2 ye. Semoga tips ini dapat memberi manfaat untuk kita semua ! 


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...