Belakang rumah sama penting dengan bahagian hadapan rumah. Orang luar akan dapat melihat samada hadapan atau belakang rumah sahaja (sekiranya rumah teres). Oleh itu kebersihan belakang rumah perlu dititikberatkan sama seperti di hadapan rumah. Memang benar, kita sering meletakkan barang2 yang kurang atau tidak berguna di belakang rumah. Kita juga sering mengambil sikap tidak endah terhadap longgokan tersebut, berpendapat bahawa, alah...belakang rumah siapa yang berkira. Tidak benar, belakang rumah juga sebahagian dari rumah kita, perlu dihormati ya... Jika tidak berhias pun, sekurang2nya pastikan ruang belakang adalah kemas dan rapi dan bukan hanya mempamerkan segunung barang2 buruk dan jelek! Apalagi menimbulkan bau yang kurang senang dihidu. Sekiranya kita hendak meletakkan barang2 yang rosak, seeloknya kita susun dengan baik agar tidak nampak bersepah. Samada tin2 kosong, basikal buruk, besi2 buruk, ampai bergoyang atau apa2 bekas buruk, janganlah setakat letak dan lambak. Ada seset...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....