Skip to main content

Ruang Mati - belakang rumah

Belakang rumah sama penting dengan bahagian hadapan rumah. Orang luar akan dapat melihat samada hadapan atau belakang rumah sahaja (sekiranya rumah teres). Oleh itu kebersihan belakang rumah perlu dititikberatkan sama seperti di hadapan rumah.

Memang benar, kita sering meletakkan barang2 yang kurang atau tidak berguna di belakang rumah. Kita juga sering mengambil sikap tidak endah terhadap longgokan tersebut, berpendapat bahawa, alah...belakang rumah siapa yang berkira. Tidak benar, belakang rumah juga sebahagian dari rumah kita, perlu dihormati ya...

Jika tidak berhias pun, sekurang2nya pastikan ruang belakang adalah kemas dan rapi dan bukan hanya mempamerkan segunung barang2 buruk dan jelek! Apalagi menimbulkan bau yang kurang senang dihidu.

Sekiranya kita hendak meletakkan barang2 yang rosak, seeloknya kita susun dengan baik agar tidak nampak bersepah. Samada tin2 kosong, basikal buruk, besi2 buruk, ampai bergoyang atau apa2 bekas buruk, janganlah setakat letak dan lambak.

Ada sesetengah barang yang rosak masih boleh digunakan lagi. Contohnya ampai tuala yang bergoyang masih boleh disandarkan ke dinding sebagai tempat penyidai kain2 buruk. Tin2 kosong pula boleh digunakan untuk mengisi barang2 besi kecil atau barangan lain yang kecil. Pastikan bawah tin tersebut ditebuk agar tidak menakung tentera aedes.
Seperti yang telah diterangkan di dalam post "Ruang Mati", sila susun barangan mengikut kategori. Pasu kosong ditingkatkan. Tin2 buruk diletak berdekatan. Besi2 buruk dilonggokkan dan diikat sekali. Bekas2 kosong yang mungkin menakung air diterbalikkan. Barang bersegi disusun bersama. Barang bulat dilonggokkan bersama.

Ada juga orang yang menghias cantik belakang rumah mereka. Lengkap dengan pepohon bunga dan lebih bijak lagi dengan tanaman sayur, cili, halia dan pelbagai sumber khasiat yang lain. Jadi ruang belakang bukan sahaja sedap dipandang, bahkan juga boleh dijadikan ruang santai famili.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...