Skip to main content

YEAAAA...CUTI SEKOLAH

Fuh....ramai yang mungkin menarik nafas lega apabila tiba cuti sekolah. Tak payah terkocoh-kocoh menyiapkan sarapan di pagi hari. Tak payah bergegas menguruskan anak ke sekolah agama di waktu petang. Dan juga tidak perlu berebut menyiapkan makan malam sebelum menghantar anak ke kelas tusyen. Belum lagi mengambil kira mencari waktu untuk sesi mengaji!

Namun tidak kurang juga yang cemas memikirkan aktiviti anak di waktu cuti. Bimbang anak tidak dapat diselia dan mungkin terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah. Yang mempunyai anak yang belum matang pula perlu memikirkan soal penjaga samada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah atau hantar sahaja kepada atuk dan nenek di kampung.

Waktu cuti adalah waktu yang sedikit senggang untuk kita dan anak2. Benar, waktu cuti perlu digunakan untuk membawa anak berjalan2 dan merehatkan minda. Tetapi saya berpendapat cuti sekolah bukanlah waktu enjoy semata2. Masih ada lagi agenda2 lain yang boleh dilaksanakan bersama anak2.

Saya menggunakan kesempatan cuti sekolah sebagai waktu spring cleaning dibantu anak2 dan suami. Ini adalah istilah yang bermaksud mengemas rumah secara total. Saya mula mengeluarkan checklist mengemas saya. Antaranya, mengemas:

1. sawang2 di siling
2. stor
3. bahagian atas almari yang tinggi
4. bahagian atas peti ais
5. susun atur pasu2 bunga
6. belakang rumah
7. utiliti area
8. mengelap tingkap
9. mengelap grill tingkap dan pintu
10. bawah katil

Sebenarnya senarai ini boleh dipanjangkan lagi. Terpulang kepada pengurusan tuan-puan.



Tidak dinafikan anak2 akan merungut. Tetapi saya jelaskan bahawa kebersihan itu sebahagian dari iman dan didikan dari kecil penting agar terbiasa apabila dewasa nanti. Bagaimana boleh menjadi seorang yang bersih tanpa training? Agak mustahil. Ilmu kebersihan bukan ilmu ilham, tetapi ilmu yang perlu dipelajari dan diamalkan sehingga alah bisa tegal biasa. Melentur buluh perlu dari rebungnya.

Tugasan2 di atas tidak saya laksanakan dalam satu hari sahaja tetapi saya agihkan tugasan sedikit demi sedikit. Mungkin satu hari untuk membersihkan sawang sahaja. Hari lain pula untuk menguruskan stor sahaja dan begitulah seterusnya. Jangan pula terlampau ambitious sehingga kita juga serik untuk menjadi pengemas. Lagipun cuti masih panjang, masih banyak peluang untuk melaksanakan kesemuanya. Kita boleh melaksanakan gerak gempur mengemas ini 2 kali setahun iaitu semasa cuti sekolah pertengahan tahun dan juga di akhir tahun.

Tetapi, perlu diingat kita perlu berdisiplin untuk meneruskan agenda2 tersebut. Janganlah hangat2 tahi ayam pula ya...

Comments

  1. salam...akhirnya dpt jugak tgk blog saudari update...Yezz...byk sgt INFO berguna..TQ !

    ReplyDelete
  2. wsalam wbt.

    thanks sbb follow blog ni. We really appreciate that :))

    ReplyDelete
  3. thanx..info yg sgt berguna..akn cuba dipraktikkan..;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk