Pulangkan semula ke tempat asalnya selepas dibaca! Begitulah arahan yang tertampal di rak2 buku di rumah ibu saya suatu ketika dahulu. Ibu saya bukan setakat gemar memberikan arahan lisan, bahkan di mana beliau tiada beliau menggantikan pula dengan arahan bertulis! Beliau bukan setakat cekap bekerja bahkan juga bijak menyediakan manual kerja yang tepat dan padat! Begitulah kelebihan ibu saya. Seingat saya, sewaktu saya di zaman sekolah rendah, koleksi majalah adalah sangat banyak, beralmari2. Kesemuanya disusun dengan rapi. Ada majalah Wanita, Gila-gila, Dewan Pelajar, Kuntum dan banyak lagi. Ini mungkin kerana ayah saya yang minat membaca lalu seluruh keluarga beliau dilatih agar membaca adalah budaya. Untuk ibu saya dibelikan beberapa majalah popular seperti Wanita, Keluarga dan Jelita. Untuk anak2 pula dibelikan segala majalah kanak2 yang ada di pasaran termasuk Bujal dan Bambino yang kini tiada lagi di pasaran. Tidak ketinggalan juga majalah libang-libur seperti Gila-gila untuk mer...
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....