Skip to main content

Cara Mengelap Meja

Kadang2 saya memerhatikan anak bujang saya mengelap meja. Ya, saya melatih anak bujang saya melakukan kerja2 mengemas. Kerana lelaki atau perempuan kesemuanya perlukan survival skill dalam kehidupan seharian.

Tetapi, apabila diperhatikan, ada anak saya yang mengelap lebih kurang sahaja. Zig-zag, zig-zag, lalu selesai....Mungkin tertinggal bahagian sisi meja menyebabkan kita merasa lekit apabila meletakkan tangan di situ.
Mungkin juga mengelap sekali sahaja tanpa membilas kain lap dan juga menyebabkan meja kurang bersih dan kurang berseri serta masih melekit. Ada juga anak yang saya perhatikan, mengelap meja dengan lemah lembut seperti menyapu bedak di muka, langsung tidak memberi kesan kepada kekotoran yang banyak di atas meja.

Sukacita saya perincikan teknik mengelap meja di sini.

Teknik 1:

Lebih mudah jika meja makan di bahagikan kepada 4 bahagian seperti gambar di sebelah. Mulakan dengan satu bahagian. Lap bersih2. Ulangi langkah ini untuk kesemua 3 bahagian yang lain. Jangan lupa untuk mengelap bahagian sisi meja dan bukan setakat ruang tengah sahaja. Elok juga diperhatikan jika ada jus air atau kicap atau kuah yang mengalir ke bahagian tepi alas meja, lalu perlu dilap juga dengan bersungguh2.

Teknik 2:

Anda boleh mula mengelap dari kiri ke kanan bermula dari satu hujung meja kemudian mengikut baris demi baris sehingga ke hujung lagi satu. Pastikan tiada ruang yang tertinggal di antara baris2 tersebut. Seperti juga teknik 1, sisi dan bahagian tepi alas meja juga mungkin perlu dilap dan digilap agar meja benar2 bersih.

Walau apa pun teknik yang digunakan, mata perlu sentiasa awas memerhatikan di mana cela di atas meja. Boleh juga menggunakan biasan cahaya untuk memastikan kawasan yang kotor.

Meja perlu dilap sekurang2nya dua kali. Kali pertama dengan kain buruk yang telah dibasahkan bertujuan untuk menyerap dan menghilangkan kotoran. Jangan lupa kumpulkan segala sisa makanan dan raup dengan kain buruk tersebut lalu dibuang ke dalam sinki atau terus ke tong sampah. Jangan sesekali dijatuhkan sahaja ke lantai kerana makanan seperti butir nasi atau lauk pauk basah akan mengotorkan lantai pula.

Selesai kali pertama mengelap, basuh kain buruk tersebut dengan menyental sedikit dan boleh disertai dengan sabun. Kemudian lap permukaan meja sekali lagi untuk memastikan kotoran benar2 bersih dan lekit serta minyaknya hilang. Anda boleh ulangi langkah ini sehingga betul2 puas hati - yakni sehingga berkilat permukaan meja.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...