Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2011

Pulangkan ke tempat asalnya...

Pulangkan semula ke tempat asalnya selepas dibaca! Begitulah arahan yang tertampal di rak2 buku di rumah ibu saya suatu ketika dahulu. Ibu saya bukan setakat gemar memberikan arahan lisan, bahkan di mana beliau tiada beliau menggantikan pula dengan arahan bertulis! Beliau bukan setakat cekap bekerja bahkan juga bijak menyediakan manual kerja yang tepat dan padat! Begitulah kelebihan ibu saya. Seingat saya, sewaktu saya di zaman sekolah rendah, koleksi majalah adalah sangat banyak, beralmari2. Kesemuanya disusun dengan rapi. Ada majalah Wanita, Gila-gila, Dewan Pelajar, Kuntum dan banyak lagi. Ini mungkin kerana ayah saya yang minat membaca lalu seluruh keluarga beliau dilatih agar membaca adalah budaya. Untuk ibu saya dibelikan beberapa majalah popular seperti Wanita, Keluarga dan Jelita. Untuk anak2 pula dibelikan segala majalah kanak2 yang ada di pasaran termasuk Bujal dan Bambino yang kini tiada lagi di pasaran. Tidak ketinggalan juga majalah libang-libur seperti Gila-gila untuk mer

Kemas-holic

Siapa di antara kita adalah kemas-holic? Sila angkat tangan! Apa itu kemas-holic? Kita ada workaholic, alcoholic, kenapa tidak kemas-holic (cigarette holic tak ada pulak)? Atau mungkin di dalam Bahasa Malaysia - kaki kemas seperti kaki bola, kaki botol, kaki rokok dsbnya. Kalau ada istilah kemas-holic, mungkin ada di kalangan kita yang tergolong dalam kategori sedemikian. Pagi kemas, tengahari kemas, petang kemas, dan malam sehingga ke dinihari masih....mengemas....Malah ada yang mengatakan kalau tidak mengemas rumah, rasa sengal badan pula... Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang sempat saya dengar di radio beberapa hari lalu dalam satu kuliah motivasi ringkas. Sebuah kisah yang mungkin menyentuh perasaan kaum ibu. Cerita mengisahkan seorang ibu yang lambat menimang anak. Setelah beberapa tahun, akhirnya dapat khabar gembira bakal menjadi ibu. Ibarat bulan jatuh ke riba, pasti si ibu merasa sangat bahagia. Segala keperluan anak yang bakal lahir disediakan. Akhirnya bayi ters

Pusingkan label!

Sekali lagi kita masuk ke ruang dapur. Yelah, dapur ni nadi kehidupan. Kalau dapur tak berasap, separuh nyawa rasa dah melayang...perut lapaarr... Memandangkan hampir separuh kehidupan dihabiskan di dapur, jadi dapur memerlukan perhatian yang berlipat ganda. Kerja2 mengemas juga banyak dilaksanakan di dapur dan berulang-kali pula. Kita juga mempunyai pelbagai barangan di dapur, stok makanan, peralatan dan sebagainya. Saya tertarik untuk membincangkan mengenai pengurusan stok makanan dan peralatan di dapur. Di dapur, kita mempunyai barangan dalam tin kecil atau besar, dalam bungkusan plastik, dalam bekas2 plastik, dalam kotak, dalam botol kaca dan sebagainya. Mereka semua mempunyai ciri yang sama iaitu berlabel. Salah satu kebiasaan ibu saya adalah memastikan kesemua bahagian hadapan label menghadap ke depan, yakni ke arah kita yang melihat barangan tersebut. Jadi, kesemua botol kicap, tomato, tin Campbell, tin biskut dll akan dipusingkan agar bahagian hadapan label menghadap ke depan d

Dinner is served! - Revisited

Makan malam memang menjadi isu utama bagi ibubapa yang kedua2nya bekerja di siang hari. Apabila pulang, mula memerah otak untuk mencari menu yang memenuhi selera. Sebelum ini ada diperturunkan serba sedikit teknik2 yang dikumpul dari pelbagai pihak di dalam entry berjudul Dinner is Served!. Kepada mereka yang telah membaca entry mengenai tajuk di atas, di sini ingin diperturunkan beberapa lagi teknik yang saya dapati dari pemerhatian saya terhadap seorang teman seperjuangan. Alternatif 6 Saya mempunyai sahabat yang meminati kuah asam pedas di cafe berdekatan pejabat. Kerana itu, beliau sering singgah di cafe tersebut sebelum pulang ke rumah untuk membeli kuah sahaja. Setiba di rumah, sahabat saya akan memanaskan kuah di dalam periuk lalu dicampurkan dengan ayam, ikan atau daging. Mudahkan! Anda boleh mempelbagaikan teknik ini dengan memborong kuah kari, kurma atau lain2 lagi.... Alternatif 7 Sahabat yang sama juga menggunakan kaedah ini. Apabila pulang ke kampung, sahabat saya akan me

Cara Mengelap Meja

Kadang2 saya memerhatikan anak bujang saya mengelap meja. Ya, saya melatih anak bujang saya melakukan kerja2 mengemas. Kerana lelaki atau perempuan kesemuanya perlukan survival skill dalam kehidupan seharian. Tetapi, apabila diperhatikan, ada anak saya yang mengelap lebih kurang sahaja. Zig-zag, zig-zag, lalu selesai....Mungkin tertinggal bahagian sisi meja menyebabkan kita merasa lekit apabila meletakkan tangan di situ. Mungkin juga mengelap sekali sahaja tanpa membilas kain lap dan juga menyebabkan meja kurang bersih dan kurang berseri serta masih melekit. Ada juga anak yang saya perhatikan, mengelap meja dengan lemah lembut seperti menyapu bedak di muka, langsung tidak memberi kesan kepada kekotoran yang banyak di atas meja. Sukacita saya perincikan teknik mengelap meja di sini. Teknik 1: Lebih mudah jika meja makan di bahagikan kepada 4 bahagian seperti gambar di sebelah. Mulakan dengan satu bahagian. Lap bersih2. Ulangi langkah ini untuk kesemua 3 bahagian yang lain. Jangan lupa

Bangun pagi....

Senario... Bangun pagi. Kita menggeliat. Turun dari katil. Menuju ke dapur yang bersih berkilat. Kita bancuh kopi dan minum bersama pasangan sambil bergurau senda. Rumah juga sudah berkemas. Tinggal lagi kita menyediakan sarapan dan makan dengan tenang tanpa terburu2. Realiti! Kita bangun pagi. Kita tinggalkan katil yang bersepah belum berkemas. Menuju dapur yang juga bersepah dengan kesan masakan malam tadi, pinggan mangkuk yang menimbun di sink, lantai yang melekit belum bermop atau bersapu. Kain baju hasil lipatan semalam masih di depan TV belum dimasukkan ke dalam almari. Sedang kita asyik menjamah cucur bawang bersama famili, kedengaran suara orang memberi salam dari luar rumah. _____________________ Ya, kita memang teringin SENARIO, tapi sering bertembung REALITI. Ibu saya mungkin pernah mengalami REALITI di zaman muda beliau. Sehingga kini, beliau sering mengingatkan kami agar memastikan rumah kemas di waktu pagi, bimbang rumah dikunjungi tetamu di saat rumah belum rapi, keadaa