Skip to main content

Posts

Disiplin ke tandas

Seringkali, kita mengungkit budaya bangsa Jepun dalam bab kemas-mengemas ini. Saya pernah terdengar orang bercerita bahawa orang Jepun akan secara otomatik menyusun selipar atau kasutnya mengadap ke luar. Lalu, apabila mereka keluar rumah, mereka akan terus menyarung selipar tanpa perlu berpusing mengadap rumah. Rajin sungguh, dan komited sungguh mereka. Satu lagi budaya orang Jepun yang saya pernah dengar, mereka sering mengingatkan agar meninggalkan tandas dalam keadaan asal seperti sebelum kita menggunakannya. Maksudnya, jika tandas tersebut dalam keadaan bersih, pastikan kita tinggalkannya dalam keadaan bersih juga. Kalau keadaan tandas asalnya kotor, jangan pula kita membalas pada orang seterusnya... Proses menggunakan tandas ini pun perlu diajar kepada segelintir kita. Ramai orang tahu teknik beristinjak dengan baik tetapi meninggalkan tandas dalam keadaan berbau tanpa dijirus dengan rapi. Bagi kami adik beradik, kami sering dipesan agar menjirus najis dengan jirusan yang banyak...

Bilik tidur atau lubuk tidur!

Bagi sesetengah orang, bilik tidur adalah tempat rehat utama. Jika begini anggapan kita, maka ruang tidur dihias dengan suasana tenang dan nyaman sesuai dengan tema bilik tidur sebagai ruang rehat. Keperluan di bilik tidur cuma katil dan meja sisi, meja solek, almari baju dan mungkin kerusi empuk untuk bersantai. Bagi sesetengah orang lain pula, bilik tidur adalah tempat privasi dan ruang peribadi. Maka segala koleksi peribadi disimpan di dalam bilik tidur. Di kepala katil ada bungkusan tempat menyimpan cadar2 lama. Di sebelah katil ada bungkusan dan kotak2 tempat menyimpan baju2 lama. Di bawah katil pula ada disimpan koleksi gambar2 peribadi dan barang2 usang yang mungkin memberikan kesan sentimental value kepada kita. Semua mahu diletak di bilik kita. Yelah, nama pun bilik kita. Perlukah kita menjadikan bilik tidur tempat timbunan harta karun kita? Hanya kita sendiri yang boleh menjawabnya. Walaubagaimanapun, bilik yang penuh dengan koleksi peribadi sedikit sebanyak akan mengganggu k...

Beli Barang Percuma Pinggan!

Apakah kaitan antara barang percuma dengan mengemas? Jawapannya, lebih banyak barang di rumah, lebih banyak kerja mengemas yang kita perlukan. Selain itu, lebih banyak pula penstoran yang diperlukan dan penstoran ini juga mengambil masa kita untuk dikemaskini dan digilap sekali-sekala. Umum mengetahui, antara taktik perniagaan adalah, beli satu barang, percuma mangkuk, pinggan, mug dan berbagai lagi. Beli ubat gigi, percuma berus gigi. Beli sabun, percuma pinggan atau mug serta berbagai lagi. Sehingga ada teman membuat lawak, kenapalah apabila membeli bawang tidak dapat percuma barangan! Kalau bawang pun membuat tawaran sedemikian, pasti sudah penuh pinggan mangkuk dalam almari. Untuk pasangan yang baru berkahwin, tarikan sebegini banyak faedahnya. Saya sendiri peka kepada tawaran2 percuma sebegini di awal perkahwinan. Yelah, baru berkahwin, tak cukup bajet nak menyediakan semua. Keperluan rumahtangga cukup2 untuk keperluan peribadi dan dua atau tiga orang tetamu sahaja. Jadi, saya men...

Membersihkan tilam

Tilam adalah tempat kegemaran kita. Sekembali dari pejabat, kita sering memandang geram ke tilam dan sesiapa yang kalah, akan merebahkan badan yang letih lesu di tilam sebelum berangkat ke bilik mandian pula. Malangnya, bagi yang sudah beranak kecil, keadaan tilam yang suci kadangkala tercemar dengan pembuangan sisa bayi. Bukanlah sisa air besar, tetapi lebih kerap adalah air kecil sahaja. Lebih malang lagi, jika anak yang berusia 3-6 tahun masih mengalami "kebocoran" sekali-sekala di waktu malam. Kebocoran ini dapat dikesan dari baunya. Yelah, najis yang kurang berwarna, apalagi jika diselimuti gebar dan bantal, kurang dapat dikesan puncanya. Tetapi, hidung para ibu yang sensitif, pasti dapat mengenalpasti kehadiran najis ini. Sebelum ini ada ditulis siri artikel yang bertajuk Bersih Tidak Semestinya Suci. Di sini saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kebersihan dan kesucian bab tilam untuk tatapan para pembaca budiman. Secara teorinya, najis perlu dibersihkan hingga hi...

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur...

Mentaliti baru

Suatu hari, saya memandu kereta pulang dan tergerak untuk melintasi deretan rumah baharu di kawasan tempat saya tinggal. Rumah berharga sekitar 300k dan rekabentuknya adalah dapur di hadapan, bersebelahan ruang tamu. Jadi, ada dua pintu di ruang hadapan rumah. Satu pintu untuk dapur dan satu lagi untuk ke ruang tamu. Rekabentuk dapur di hadapan bersebelahan ruang tamu agak menonjol kebelakangan ini. Di pangsapuri dan apartment begitu, di rumah teres dua tingkat juga begitu. Di barat, rekaan sebegini sudah lama dilaksanakan. Sewaktu saya memandu perlahan dari satu rumah ke rumah, memerhatikan susunan pokok2 bunga di laman rumah dan hiasan dekorasi menarik jika ada... alamak.....saya terpandang pula sebuah rumah yang mempamerkan kain buruk di grill pintu dapurnya! Ye lah, kebiasaan kita menyidai kain buruk di pintu dapur mungkin menyebabkan kita terbawa2 sikap begitu walaupun pintu dapur sudah menjadi pintu di bahagian hadapan rumah. Sepatutnya pemilik rumah lebih peka bahawa pemandanga...

Botol bayiku! - Win

Antara tugas yang paling sinonim dengan ibu-ibu yg mempunyai anak kecil ialah pengurusan botol susu. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja dan tetap memberi susu badan secara esklusif, saya kira memang banyak botol yang perlu dibasuh setiap hari. Mana tidaknya, saya pernah terbaca dalam majalah, ada ibu yang menyimpan stok susu ibu dalam botol, penuh satu peti sejuk! Ramai yang membasuh botol susu anak setakat ala kadar sahaja. Sedangkan daki masih terkumpul di botol tersebut. Kasihan si kecil, sumber makanan kelak menjadi sumber penyakit! Membasuh botol memang rumit kerana banyak bahagian yang perlu diberi tumpuan. Berdasarkan pengamatan saya sendiri, ada beberapa perkara yang kurang diberi perhatian dalam bab membasuh botol susu ini. Antaranya, sebelum membasuh, pastikan puting dikeluarkan daripada gegelang, kemudian dibasuh secara berasingan. Jika tidak, sisa-sisa susu akan tertinggal di celah-celah antara puting dan gegelang, dan boleh membentuk daki/lendir di situ, menyebabka...

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi. Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad! Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi. Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula. Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh. J...

Pulangkan ke tempat asalnya...

Pulangkan semula ke tempat asalnya selepas dibaca! Begitulah arahan yang tertampal di rak2 buku di rumah ibu saya suatu ketika dahulu. Ibu saya bukan setakat gemar memberikan arahan lisan, bahkan di mana beliau tiada beliau menggantikan pula dengan arahan bertulis! Beliau bukan setakat cekap bekerja bahkan juga bijak menyediakan manual kerja yang tepat dan padat! Begitulah kelebihan ibu saya. Seingat saya, sewaktu saya di zaman sekolah rendah, koleksi majalah adalah sangat banyak, beralmari2. Kesemuanya disusun dengan rapi. Ada majalah Wanita, Gila-gila, Dewan Pelajar, Kuntum dan banyak lagi. Ini mungkin kerana ayah saya yang minat membaca lalu seluruh keluarga beliau dilatih agar membaca adalah budaya. Untuk ibu saya dibelikan beberapa majalah popular seperti Wanita, Keluarga dan Jelita. Untuk anak2 pula dibelikan segala majalah kanak2 yang ada di pasaran termasuk Bujal dan Bambino yang kini tiada lagi di pasaran. Tidak ketinggalan juga majalah libang-libur seperti Gila-gila untuk mer...

Kemas-holic

Siapa di antara kita adalah kemas-holic? Sila angkat tangan! Apa itu kemas-holic? Kita ada workaholic, alcoholic, kenapa tidak kemas-holic (cigarette holic tak ada pulak)? Atau mungkin di dalam Bahasa Malaysia - kaki kemas seperti kaki bola, kaki botol, kaki rokok dsbnya. Kalau ada istilah kemas-holic, mungkin ada di kalangan kita yang tergolong dalam kategori sedemikian. Pagi kemas, tengahari kemas, petang kemas, dan malam sehingga ke dinihari masih....mengemas....Malah ada yang mengatakan kalau tidak mengemas rumah, rasa sengal badan pula... Di sini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang sempat saya dengar di radio beberapa hari lalu dalam satu kuliah motivasi ringkas. Sebuah kisah yang mungkin menyentuh perasaan kaum ibu. Cerita mengisahkan seorang ibu yang lambat menimang anak. Setelah beberapa tahun, akhirnya dapat khabar gembira bakal menjadi ibu. Ibarat bulan jatuh ke riba, pasti si ibu merasa sangat bahagia. Segala keperluan anak yang bakal lahir disediakan. Akhirnya bayi ters...