Skip to main content

Pindah rumah

Antara komen dari pembaca blog sebelum ini adalah untuk mengadakan post khas berkenaan seni pindah rumah. Ya, saya anggap ia seni kerana ia memerlukan teknik khusus untuk menguruskannya.

Ibu saya sendiri pernah berpindah sebanyak 14 kali di dalam hidupnya meliputi hampir seluruh semenanjung Malaysia. Saya dan kakak saya antara orang kuat menguruskan harta benda untuk sesi perpindahan. Sememangnya, pindah rumah ini satu perkara yang mengharu-birukan hidup kita. Anehnya datuk saya berpendapat, apabila berpindah rumah, rumah sepatutnya lebih kemas kerana barang sudah disimpan kemas dalam kotak2. Tetapi sebaliknya yang sering berlaku, rumah dalam keadaan berterabur dengan segala harta pusaka sehingga sukar untuk bergerak dengan selesa di dalam rumah sendiri apalagi untuk berehat.


Teknik berpindah rumah perlu dimulakan dengan perancangan mudah. Ada tahap2 tertentu yang perlu kita tentukan.


Tahap 1 - kemas barang2 yang paling kurang diperlukan sehari2 dahulu. Contohnya, buku2 bacaan, stok pinggan mangkuk yang berlebihan, barang perhiasan dan mainan anak2. Yang ini kita boleh lakukan sebulan sebelum berpindah. Seeloknya kita khususkan satu bilik atau satu ruang untuk meletakkan kotak2 tersebut secara tersusun dan tidak mengganggu lalu lintas ahli keluarga kita.


Tahap 2 - Selesai tahap 1, sepatutnya barangan di stor, dalam kabinet dan kebanyakan almari sudah kosong. Tahap ini sesuai dilakukan kira2 2 minggu sebelum berpindah. Kita perlu mula menyimpan baju2 yang jarang dipakai dan disimpan di dalam kotak atau beg2 pakaian. Tinggalkan secukupnya sahaja untuk keperluan. Pada tahap ini kita sepatutnya hanya tinggal barangan dapur yang asas seperti 1 set pinggan mangkuk untuk keperluan harian dan 2 atau tiga periuk belanga untuk keperluan harian, dan juga kain baju keperluan harian dan keperluan persekolahan anak2.


Tahap 3 - Ini boleh dilaksanakan lebih kurang seminggu sebelum berpindah. Anda boleh mula membalut perabot yang dikhuatiri tercalar dengan kertas2 suratkhabar atau plastik khas untuk perpindahan. Bahagian perabot yang bercermin juga elok dibalut atau dilapik dengan bahan2 kotak atau suratkhabar untuk meminimakan kerosakan.


Tahap 4 - Beberapa hari sebelum berpindah anda perlu memastikan segala kabinet dan almari dikosongkan. Ini juga masa untuk kita mengosongkan isi dapur kita dan kita mungkin perlu makan nasi bungkus atau lauk-pauk mudah sahaja untuk menjimatkan masa dan kerana kekurangan peralatan.


Hari perpindahan - Proses pengangkutan barang bermula. Anda boleh membantu memberikan maklumat kandungan kotak dan memberitahu yang mana sesuai diangkat dahulu. Anda juga perlu memantau pengangkutan barang yang mudah pecah agar tidak diperlakukan sewenang2nya oleh pengangkat barang yang bertugas.


Selesai sesi pengangkutan, rondalah segenap pelusuk rumah anda untuk memastikan agar tiada barang yang tertinggal. Jika anda ingin bersedekah tenaga, anda boleh menyapu serba sedikit sampah sarap dan debu yang bertaburan di lantai rumah yang kosong sekarang.


Peringatan:


1. Anda perlu melabel kotak2 anda agar mudah anda kenali kotak dapur, kotak pakaian, kotak buku dan sebagainya. Jangan lupa tandakan fragile untuk barangan kaca.


2. Anda perlu menggunakan kotak2 kecil untuk buku dan kotak2 besar untuk barangan ringan seperti bantal, pakaian dan barangan plastik. Ini memudahkan kerja2 pengangkutan.


3. Setiap kali selesai mengisi satu kotak, susun kotak dengan kemas di satu sudut ruang. Khaskan ruang2 tertentu untuk menyusun kotak2 yang sudah siap di gam. Anda boleh meletakkan kotak2 sepanjang dinding di setiap bilik, dan tindihkan perabot2 kecil yang kosong untuk memberi lebih ruang kepada kotak2. Anda juga boleh memilih sudut2 di ruang tamu untuk menyusun kotak2 yang semakin banyak. Jangan biarkan kotak bersepah merata di tengah rumah. Siapkan satu kotak dan susun ketepi setelah siap dilabel dan digam.


Post seterusnya akan menceritakan garis panduan melangkah ke rumah baru pula.

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk