Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Mencuci bilik air

Semasa mencuci bilik air, pastikan peralatan yang ada di bilik air seperti baldi, gayung, besen mandi bayi atau lain-lain juga turut dicuci. Caranya adalah dengan memberus permukaan baldi, gayung atau besen mandi tersebut dengan sedikit sabun. Berus yang boleh digunakan pula adalah seperti berus sabut atau berus lain yang bersesuaian. Beruskan bahagian luar dan dalam peralatan-peralatan tersebut dan juga tapak mereka. Kesan-kesan daki atau lumut akan tanggal dan barulah pencucian bilik air kita lengkap sempurna!

Mengemas isi laci / kabinet

Tentu ramai antara kita yang berdepan dengan kesulitan 'berpisah' dengan barang-barang kecil atau besar yang biasanya memenuhi ruang laci dan almari kita. Ada satu idea yang boleh digunakan dalam menguruskan hal ini : Untuk mengelakkan kita daripada menjadi seorang 'hoarder' seperti  rancangan televisyen Hoarders dari Amerika Syarikat, kita boleh membuang barang-barang yang tidak digunakan lebih daripada 2 bulan daripada tarikh kita menyimpannya. Contohnya, baru-baru ini saya mengumpulkan semua sudu-sudu plastik susu bayi (scoop) yang biasanya kita dapat apabila kita membeli susu anak-anak kita dan membuang semua sudu tersebut, kecuali satu atau dua sahaja. Sebelum ini, saya menyimpannya dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan'. Tetapi saya dapati sudu-sudu ini tidak digunakan. Oleh itu, kaedah ini boleh digunakan bagi kebanyakan barang-barang yang kadang-kala kita simpan dengan anggapan 'mungkin berguna atau perlu di masa hadapan&#

PEMBELIAN ONLINE BUKU "MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH"

Assalamualaikum para pembaca yang dikasihi sekalian, Pembelian buku secara online sudah bermula.  Boleh order secara direct dari kami.  Sila hubungi: Cik Diana (Johor) - 0197971312 Cik Dahlia (Nilai) - 0129528145 Cik Awa (Melaka) - 0197556063   Cik Win (Kajang)- 0122312430 Cik Zaza (Puchong) - 0123751375 Cik Lubna (Putrajaya) - 0133507789   En Ilmi (Bukit Jalil) - 0177937991 Harga RM20 untuk buku dan RM6 untuk kos pos, jadi RM26 jumlah keseluruhan . Kami akan smskan no acct. Boleh request untuk autograph penulis ya.... Untuk makluman semua, buku ini insyaAllah berada di kedai2 buku seluruh Malaysia bermula Isnin 6 Mei 2013.  Terima kasih di atas sokongan anda.   ~Barisan Penulis~   Komen pembaca: http://fazira.blogspot.com/2013/05/promosi-buku-mudahnya-mengemas-rumah.html?m=1 http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/05/review-buku-mudahnya-mengemas-rumah.html http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/05/buku-mudahnya-mengemas-rumah-di

Sebelum meninggalkan rumah…

Anda pasti pernah mengalamai situasi di mana anda dan keluarga anda akan meninggalkan rumah untuk tempoh tertentu. Mungkin anda sekeluarga balik ke kampung beraya, menghadiri kenduri kendara, bercuti dan lain2. Biasanya, bila kita nak pergi ke suatu tempat kita akan rasa teruja tetapi bila balik dari suatu tempat, kita akan rasa penat dan kalau boleh nak terus baring dan tidur. Ha…berapa ramaikah di antara anda yang rasa agak tertekan bila balik ke rumah. Ye lah terpaksa kosongkan baju dari beg, itu belum lagi dicampur dengan baju dalam bakul kotor yang belum dibasuh. Buka sahaja pintu rumah nampak pula mainan anak bersepah-sepah di ruang tamu. Masuk pula ke dapur ada pula bekas-bekas cawan dan pinggan yang tidak dibasuh, dan rak pinggan tidak dikosongkan. Kemudian masuk ke bilik, lihat katil tidak berkemas dan baju bersepah-sepah. Soalannya:Tidakkah anda mahu rasa nyaman dan selesa sebaik sahaja tiba di rumah? Kalau perlu kemaspun hanya sedikit sahaja. Itupun kemaskan beg baj

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU MALAM

Kalau ikutkan badan, waktu malam adalah untuk berehat sahaja, bersantai, menonton TV, bergurau senda dengan anak dan suami atau membaca bahan bacaan kegemaran masing2. Tetapi tanggungjawab yang digalas setelah berumahtangga memerlukan kita memperuntukkan sedikit lagi waktu untuk melangsaikan apa yang perlu.  Walaubagaimanapun, jangan terlalu lama memperuntukkan waktu mengemas sehingga tiada langsung waktu senggang untuk diri, anak2 atau juga suami/isteri. Langkah pertama selepas makan malam adalah mengajak kesemua ahli keluarga membantu menyelesaikan hal2 di dapur.  Latih anak2 mencuci pinggan mangkuk serta periuk belanga.  Bahagikan tugas untuk menyimpan baki makanan ke dalam tupperware, mengelap meja dan menyusun atur perkakas yang telah digunapakai.  Pilih ahli keluarga untuk menyapu lantai dan mengelap kabinet2 di dapur jika tidak sempat dikemas setelah memasak tadi. Selepas mengemas, tinggalkan pesanan agar sesiapa yang makan kudapan atau minum sebelum tidur perlu pastikan m

BUKU 'MUDAHNYA MENGEMAS RUMAH' DI PASARAN

Assalamualaikum para pembaca yang budiman, Alhamdulillah, projek membukukan tips2 mengemas rumah sudah selesai.  Kami terbitkan buku kompilasi mengemas rumah dengan tajuk Mudahnya Mengemas Rumah.  Kepada peminat setia blog, kini anda sudah boleh memiliki koleksi catatan blog mengemasrumah secara peribadi! Idea asal kami digabungkan bersama idea kreatif Telaga Biru dan diharapkan menepati selera pembaca semua.  Kandungan buku dipenuhi foto2 berwarna untuk memudahkan lagi pembaca memahami isi kandungannya. Jangan lupa dapatkan buku ini di PESTA BUKU 26 April - 5 Mei di booth Telaga Biru! Buku ini juga boleh didapati di MPH, Popular Bookstore dan melalui Stormreaders.   Pembelian secara online akan diumumkan kemudian, insyaAllah! Selamat membaca!