Skip to main content

Melangkah ke rumah baru...

Perjalanan pertama baru selesai. Fasa kedua perpindahan pula bermula. Kita kini akan melangkah ke tempat baru, suasana baru dan persekitaran baru.


Sebelum hari perpindahan, kita kena pastikan bahawa rumah baru sudah dicuci bersih, dari dapur ke bilik hingga ke bilik air. Pastikan rumah sudah sesuai didiami bebas dari debu dan sampah sarap. Buang sahaja barang2 tinggal yang tidak boleh digunakan lagi.

Bukan itu sahaja, anda juga sepatutnya mempunyai pelan kasar mengenai letak duduknya sesuatu perabot. Di mana letaknya almari pinggan mangkuk, perabot2 dapor dan juga kerusi meja ruang tamu dan berbagai lagi.



Tahap 1:

Apabila lori tiba di rumah, anda perlu bersedia memegang peranan pengarah. Bukanlah pengarah dalam lagak boss yang bertempik memberikan arahan tetapi lebih kepada membantu menyalurkan barangan ke tempat yang berkenaan. Anda perlu memberitahu di mana letaknya kerusi dan meja makan, peti ais, katil, almari buku dan sebagainya. Ini memudahkan kerja mengangkat dan menguruskan barangan sekaligus mempercepatkan ahli keluarga anda memulakan kehidupan.

Begitu juga dengan kotak2 barangan. Ahli keluarga perempuan boleh membantu dengan menyusun kotak2 barangan mengikut label. Kotak berisi perkakasan dapur disusun berdekatan dapur, kotak2 berisi perkakasan bilik tidur boleh diangkat dan disusun di bilik tidur masing2, kotak2 berisi buku2 boleh disusun berdekatan ruangan membaca yang telah ditentukan sebelumnya.


Pastikan barangan tidak bersepah2 menghalang laluan utama. Semua perabut perlu disusun kemas rapat ke dinding sementara upacara angkat mengangkat ini. Semua kotak juga perlu disusun menaik untuk menjimatkan ruang. Pastikan barang2 mudah pecah jauh dari laluan utama.

Tahap 2:

Apabila proses pengangkutan selesai, perkara paling utama perlu disediakan adalah ruang dapur. Perkakasan masak-memasak perlu disiapkan dahulu. Maklumlah, makan adalah agenda harian bahkan sehingga 3 kali sehari sekurang2 nya. Keluarkan perkakasan asas seperti senduk dan kuali, pinggan dan cawan dan lain2 yang difikirkan perlu.

Ahli keluarga yang lain boleh memulakan mengemas bilik tidur masing2. Katil boleh dipasang dan almari baju boleh diletakkan pada kedudukan yang sesuai. Bolehlah anak2 mengemas kain baju keperluan asas mereka dahulu.

Tahap 3:

Mengeluarkan barangan dari kotak mungkin memakan masa hingga berminggu2 lamanya. Tidak mengapa sekiranya mengambil masa yang lama kerana kita perlu berhati2 dan melakukannya dengan rapi.

Setiap hari, kita perlu menetapkan target untuk mengemas satu ruang sahaja. Hari ini mungkin mengemas pinggan mangkuk dapur sahaja. Saya sering memilih mengemas bahagian dapur dahulu kerana barangannya yang fragile dan juga kuantitinya banyak oleh itu kotak2nya memakan paling banyak ruang dan mengganggu pergerakan kita di dapur. Kemudian, simpan segera kotak yang sudah kosong di stor atau jualkan sebagai kertas terpakai atau buang sahaja sekiranya terlampau lunyai. Jangan lupa menyapu atau memvakum debu kesan mengemas tadi.

Hari esoknya kita mungkin mengemas buku2 pula. Hari ketiga kita mungkin memilih mengemas pakaian dan keperluan bilik.

Akhir sekali barulah kita mengeluarkan barangan hiasan serta aksesori seperti jambangan bunga, alas meja, frame gambar atau apa2 sahaja hiasan rumah termasuk perhiasan diri serta lain2 aksesori yang jarang digunakan.

Menguruskan perpindahan secara sistematik menjadikan rumah kita kurang berserabut dan berselerak. Kita juga dapat kembali kepada rutin harian dan kehidupan normal kita dengan lebih cepat.

Comments

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...