Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Punggah dan kemas

Sewaktu kecil saya sering menemani ibu untuk sesi punggah dan kemas. Memang leceh, dan lebih mudah jika dibiarkan sahaja barangan berlapuk di dalam almari. Setelah saya dewasa sekarang, saya dapati memunggah barangan juga memerlukan skill tersendiri. Tanpa skill punggah dan kemas, saya perhatikan ramai teman saya yang terpinga2 apabila sesekali datang hasrat untuk merapikan persekitaran mereka. Memang terdapat sebahagian dari kita yang kurang cekap dalam bab mengemas. Sesekali berminat dan datang motivasi untuk mengemas, kita punggah segala barang dengan niat untuk menyusun dengan lebih rapi. Tetapi bila kesemua barang telah dipunggah, kita menjadi bingung pula memikirkan kaedah susunan yang menarik serta kemas dan rapi.... Sebenarnya memunggah barang pun memerlukan sistem. Sebelum kita memunggah barangan yang menimbun dalam almari, stor atau dalam kabinet ruang tamu, pastikan ruang sekeliling kosong. Ini supaya kita mempunyai banyak ruang untuk membahagikan barangan yang kita punggah.

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata

Menyusun perabut

Mungkin kita pernah mengalami keadaan di mana kita menggaru kepala memikirkan susun atur perabut di rumah kita. Kadangkala apabila kita melawat rumah teman, kita rasakan susunatur di rumahnya begitu kemas dan harmoni sekali. Apabila kita melawat rumah teman yang lain, kita merasa rumah tersebut kemas tetapi tidak harmoni. Kucar-kacir dan berselerak rasanya. Untuk mendapatkan keserasian perabut ramai yang sanggup berbelanja untuk mendapatkan perabut yang sama jenisnya. Contohnya, kalau set ruang tamu adalah perabut jati, set ruang makan pun adalah jati juga dan almari2 lain juga terdiri dari produk jati. Begitu juga jika salah satu perabut adalah dari perabut kulit, yang lain2 juga adalah sama. Bahkan ada yang tidak mahu kalah, sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mengupah interior designer semata2 untuk mendapatkan keharmonian perabut. Ada juga di antara kita yang cuba meniru gaya rumah teman atau saudara kita dengan membeli perabut yang sama tetapi tidak pula menghasilkan gaya m

Kekemasan holistic!

Dalam blog ini, kita fokus pada rumah sahaja. Tetapi, apa kata kita panjangkan teori mengemas ini kepada ruang2 lain selain rumah kediaman kita. Selain rumah, kita juga perlu memastikan ruang kerja kita di pejabat sentiasa kemas dan bersih. Begitu juga ruang di dalam kereta. Sebenarnya kekemasan itu adalah satu sikap yang sepatutnya perlu diamalkan di mana-mana sahaja. Jadi pada kali ini saya akan fokus pada dua tempat ini. Di tempat kerja, kita hendaklah sentiasa pastikan peralatan menulis, fail-fail, buku-buku, hiasan-hiasan kecil tidak berserabut. Tak semestinya kena cantik, cukuplah asal kemas. Kalau nak cantik dan ceria pun boleh juga..tapi janganlah sampai nampak macam kelas tadika pula. Dalam kereta pula, pastikan tak ada tisu-tisu bergumpal di lantai kereta. Kertas-kertas, bungkusan-bungkusan makanan ringan hendaklah dibuang. Pasir-pasir yang datang dari tapak kasut pula janganlah dibiarkan terlalu banyak sehingga rimas mata memandang. Bukannya apa...bila-bila masa kalau ada or

Bersih Tidak Semestinya Suci - Bab 3

Ada beberapa lagi aspek penyucian yang perlu diberi perhatian. Salah satunya: pemandian bayi. Selepas dibuka baju bayi dan pampers, gunakan lampin untuk memeluk bayi kita. Ini untuk mengelakkan ponggongnya yang belum suci terkena pada pakaian kita . Lebih elok kalau pampers itu dibuka sahaja di bilik air. Biasa kan gunakan besen mandi bayi tu. Masa nak mandikan bayi, kita pun terus masukkan dalam besen mandi itu. Mandikan bayi dan bawa keluar. Lap, pakai bedak, pakai baju. Hmmm.. bersih dan wangi anak kita. Ha! Bersih tapi belum suci. Sebenarnya, sebelum kita masukkan dalam besen itu, kita perlu membersihkan najis pada bayi tersebut dahulu. Najis muntah di bahagian leher dan najis di kelengkangnya. Kalau ada sink, bersihkan dulu bayi itu serba sedikit di sink. Kalau ada anak yang besar, boleh minta dia tolong bantu menjiruskan air. Dah hilang semua najis pada badan, barulah boleh dimasukkan ke dalam besen. Barulah bayi kita itu, bersih, wangi dan suci. Tapi bagaimana ya kalau ibu-ibu k

Bersih Tidak Semestinya Suci - Bab 2

Ingat lagi ke waktu anak kita tengah ‘toilet training’. Ah! Menyeksakan! Ibu2 yang telah melalui zaman ini pasti ingat cabarannya. Tapi ia perlu dihadapi dengan kesabaran. Anak kita kencing di tengah2 dunia. .. Jangan terus diangkat. Pastikan anak kita itu terus tetap ditempatnya. Kalau ada anak yang besar, boleh minta yang besar itu pastikan adiknya tidak bergerak. Ambil kain lap, letakkan di kaki anak kita. Lap kakinya dan tapak kakinya sampai kering, kadang2 perlu dibuka seluarnya. Setelah pasti tiada air kencing yang menitis, barulah kita angkat anak kita itu ke bilik air. Jangan disuruh anak kita itu jalan! Kalau dia sendiri yang berjalan-jalan keliling rumah kita. Sabar! Sabar! Ujian Allah tu! Uruskan anak kita dan urusan penyucian rumah kita sebaiknya. Anak-anak yang sedang ‘toilet train’ itu juga perlu diajar cara yang betul untuk membuang air dan menyucikannya. Jangan buang air berdiri, perlu mencangkung. Kemudian, gunakan air mutlak (air paip) untuk bersuci. Bagi

Bersih Tidak Semestinya Suci -Bab 1

Dalam menguruskan kebersihan, ilmu memainkan peranan penting. Dalam Islam, suci itu bersih, tapi bersih tidak semestinya suci. Nah! Di sinilah peranan kita sebagai pengurus rumah tangga dalam memastikan kesucian isi rumah terjaga. Ada beberapa insiden yang boleh mennyebabkan kesucian rumah kita tercemar. Ya, kita nampak bersih, tetapi sebenarnya tidak suci. Kesucian rumah memang akan pasti tergugat bila kita mempunyai anak-anak kecil. Dari bayi sehingga la anak kita tahu menguruskan urusan tandas sendiri. Saya rasa ramai yang tidak perasan urusan pembersihan yang menyucikan ini. Yalah, alah bisa tegal biasa. Itu ilmu yang diturunkan turun temurun. Tapi disini, saya nak bentangkan pemerhatian saya. Kalau salah silap, mohon diperbetulkan. Saya juga masih belajar. Pengurusan bayi memerlukan banyak perincian. Saya selalu nampak bila bayi buang air kecil dan terkena di lantai atau karpet, tempat yang terkena air kencing itu sekadar dipercikkan air. Tapi sebenarnya, hanya air kencing bayi le

Alihkan perabut anda...

Mengemas adalah tanggungjawab bagi kebanyakan dari kita termasuk saya. Tetapi menghias pula adalah hobi bagi saya. Ada orang mengekalkan susun atur perabot selama-lamanya. Ada juga mereka yang terlampau sering mengubah susun atur perabot mereka - mengidam menjadi pereka hiasan dalaman barangkali. Saya pula, sesekali bermeditasi memikirkan apakah corak dan tema susun atur perabot yang terkini di rumah saya. Mengubah susun atur perabot ada faedahnya. Yang pertama, hiasan dalaman kita mendapat nafas baru. Kita lebih berminat untuk menginap di kediaman kita dan mungkin lebih bersemangat untuk menguruskan kediaman kita. Tetapi yang sebenarnya, dan alasan yang kedua, adalah ia memberi kita kesempatan untuk membersihkan daki2 debu dan kulat di tapak perabot tersebut. Sambil kita mengalihkan perabot, kita vakum tapak asal perabot tersebut yang pastinya bergelumang dengan pelbagai debu dan sawang. Bagi mereka yang alah kepada debu melampau, anda mungkin perlu mengenakan sarung tangan dan surgic

Tumpah

Untuk mereka yang mempunyai anak kecil, seringkali berlaku accident. Air atau makanan tumpah! Dulu, semasa saya muda remaja, apabila berlaku kejadian seperti ini, ibu saya akan cepat2 menyuruh kami adik beradik mengambil kain buruk. Letih juga kami berlari2 mencari dan membawa kembali kain buruk. Tidak kiralah samada waktu itu kami sedang makan atau berehat. Setelah bertahun tinggal di rumah sendiri, saya mengerti sekarang kenapa ibu saya tergesa2 mengelap air atau makanan yang tumpah. Kepantasan itu penting kerana jika dilengah2kan, air tersebut akan meresap ke dalam karpet, alas meja, tikar dan sebagainya. Akibatnya kerja mengelap perlu melalui beberapa lapisan. Mungkin juga kesan jus, kicap atau coklat tersebut tidak akan hilang pada alas meja atau tikar kita. Atau lebih buruk lagi, air yang tumpah boleh mengalir ke merata tempat. Lebih penat jadinya. Kalau dibiarkan lebih lama, jus mungkin menjadi kering dan lekitnya lebih sukar tanggal dari permukaan meja atau lantai - perlu digon

Resepi Ekspres dari Ibu - Cik Awa

Ibu saya ada banyak resepi-resepi ringkas dan ekspres tetapi tidaklah ekspres seperti Khadijah Ibrahim dalam rancangan dia yang 5 minit bersama Maggi tu.. Resepi ringkas ini mungkin dicipta agar lebih banyak masa dapat dimanfaatkan untuk mengemas rumah yang merupakan hobi utama ibu saya. Saya cuba kongsikan resepi2 tersebut di sini. Saya ni tidak pandai dalam menentukan kuantiti bahan yang diperlukan. Kalau sekadar menyenaraikan jenis bahan yang akan digunakan, bolehla. Saya pasti pembaca-pembaca sekalian banyak pengalaman memasak dan handal menentukan kuantiti bahan. Saya tujukan entry ni khas untuk sesiapa yang mahu menjimatkan masa memasak seperti saya. Berikut adalah beberapa resepi ringkas ibu saya. a. Labu masak sahang (Saya pun tak pasti betulke ejaan ni. Ibu saya kata ni masakan orang Banjar.) Bahan-bahannya: Labu Bawang merah Ikan bilis Lada hitam (bergantung kepada tahap kepedasan masing-masing) Garam secukup rasa Gula secukup rasa Cara-caranya: Tumbuk ikan bilis, lada hita

Ruang mati - bawah tangga

Ada satu saranan menarik hasil pembacaan saya berkenaan ruang di bawah tangga bagi rumah dua tingkat. Idea tersebut menyarankan agar membina built-in cabinet di bawah tangga tersebut. Kita boleh membina rak buku, rak hiasan atau apa2 saja kabinet untuk tujuan penyimpanan. Abang ipar saya sendiri menggunakan idea ini di rumahnya dengan membina kabinet buku di bahagian bawah tangga di rumahnya. Ini adalah satu langkah penjimatan ruang! Yang penting, ruang tersebut jangan dibiarkan sebagai tempat lambakan barang2 tanpa susun atur yang kemas. Walaupun ruang itu tidak strategik dalam rumah kita, tetamu yang bertandang mungkin menilai ketidaktelitian kita. Justeru, ruang ini tidak boleh dianggap mati! Cadangan pertama adalah dengan cara mengatur kerusi santai di bawah tangga tersebut dan dihias sebagai ruang santai. Sedikit bahan bacaan disusun mungkin juga beserta radio sebagai tujuan untuk merehatkan minda. Jika ruang tersebut agak luas, boleh juga diletakkan TV di bawah tangga tersebut

Ruang Mati - belakang rumah

Belakang rumah sama penting dengan bahagian hadapan rumah. Orang luar akan dapat melihat samada hadapan atau belakang rumah sahaja (sekiranya rumah teres). Oleh itu kebersihan belakang rumah perlu dititikberatkan sama seperti di hadapan rumah. Memang benar, kita sering meletakkan barang2 yang kurang atau tidak berguna di belakang rumah. Kita juga sering mengambil sikap tidak endah terhadap longgokan tersebut, berpendapat bahawa, alah...belakang rumah siapa yang berkira. Tidak benar, belakang rumah juga sebahagian dari rumah kita, perlu dihormati ya... Jika tidak berhias pun, sekurang2nya pastikan ruang belakang adalah kemas dan rapi dan bukan hanya mempamerkan segunung barang2 buruk dan jelek! Apalagi menimbulkan bau yang kurang senang dihidu. Sekiranya kita hendak meletakkan barang2 yang rosak, seeloknya kita susun dengan baik agar tidak nampak bersepah. Samada tin2 kosong, basikal buruk, besi2 buruk, ampai bergoyang atau apa2 bekas buruk, janganlah setakat letak dan lambak. Ada seset

YEAAAA...CUTI SEKOLAH

Fuh....ramai yang mungkin menarik nafas lega apabila tiba cuti sekolah. Tak payah terkocoh-kocoh menyiapkan sarapan di pagi hari. Tak payah bergegas menguruskan anak ke sekolah agama di waktu petang. Dan juga tidak perlu berebut menyiapkan makan malam sebelum menghantar anak ke kelas tusyen. Belum lagi mengambil kira mencari waktu untuk sesi mengaji! Namun tidak kurang juga yang cemas memikirkan aktiviti anak di waktu cuti. Bimbang anak tidak dapat diselia dan mungkin terjebak dalam aktiviti tidak berfaedah. Yang mempunyai anak yang belum matang pula perlu memikirkan soal penjaga samada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah atau hantar sahaja kepada atuk dan nenek di kampung. Waktu cuti adalah waktu yang sedikit senggang untuk kita dan anak2. Benar, waktu cuti perlu digunakan untuk membawa anak berjalan2 dan merehatkan minda. Tetapi saya berpendapat cuti sekolah bukanlah waktu enjoy semata2. Masih ada lagi agenda2 lain yang boleh dilaksanakan bersama anak2. Saya menggunakan kesempata

Ruang Mati

Di rumah kita terdapat pelbagai ruang yang saya kenali sebagai `ruang mati'. Ia dianggap mati kerana kekurangan fungsi. Antara ruang2 tersebut adalah stor, belakang rumah atau di bawah tangga. Takkan belakang rumah perlu di hias....takkan stor juga perlu diselenggara hari2...atau takkan hendak duduk melepak di bawah tangga yang merupakan laluan kaki2 manusia.... Benar, mereka adalah ruang yang sering dipandang sepi, tersorok, dan tidak diendahkan. Tetapi tidak bermakna mereka dibiarkan begitu sahaja tanpa penyelenggaraan. Akibatnya, kita sering melonggokkan barang di ruang2 mati dgn alasan ruang itu tidak aktif digunakan. Kita longgokkan barang2 yang separuh rosak di belakang rumah dengan harapan akan dibaikpulih suatu masa nanti (cita2 kita..) atau kita longgokkan barang2 elok yang tidak terpakai di stor sehingga menggunung dan boleh runtuh bila2 masa sahaja. Apabila barang semakin banyak terlonggok tanpa seni kekemasan, kita menjadi semakin malas untuk memikirkan kaedah penstoran

Terima kasih semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kami pemilik blog merakamkan ucapan terima kasih di atas segala lontaran komen yang telah diberikan oleh pembaca. Tidak kami sangka bahawa blog yang lebih merupakan catatan untuk peringatan anak cucu keluarga kami mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari para pembaca. Alhamdulillah, sukacita juga dimaklumkan bahawa mengemasrumah.blogspot.com juga telah dirujuk dalam radio IKIM pada hari Rabu 24 November 2010. InsyaAllah, segala komen dan sokongan dari para pembaca akan memberi kami inspirasi untuk meneruskan catatan pengalaman sebagai pengurus rumahtangga, sebagai panduan bagi kaum Hawa mahupun kaum Adam. Sebarang komen dan pandangan dari para pembaca sangat-sangat dialu-alukan dan semoga kita semua mendapat manfaat dari gabungan idea sesama kita. Selamat membaca!