Skip to main content

Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’.

Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin.

Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya:

1)
Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap.

2)
Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju dihalakan ke luar atau ke dalam lipatan, konsepnya tetap sama. Pastikan lipatan bahagian kanan dan kiri sama lebarnya dan simetri. Setiap kali lipatan pada mana2 bahagian baju dilakukan, tangan juga harus dirajinkan untuk turut sama menggosok permukaan lipatan dengan rata. Atau dalam erti kata lain, melipat sambil menggosok tanpa menggunakan seterika.

3)
Pastikan tiada mana-mana penjuru fabric yang terkeluar kawasan setelah siap dilipat. Tak mahulah tiba-tiba ada hujung lengan baju yang tergantung tak bertali kerana tidak disematkan dengan kemas ke dalam lipatan.

4) Pastikan kita mengamalkan satu jenis framework saja untuk melipat dan menyusun baju. Jika mahu melipat tshirt pertama dalam bentuk segi empat sama, pastikan tshirt yang lain pun begitu juga. Jangan caca marba dengan pelbagai konsep untuk kategori pakaian yang sama. Kita akan mengalami kesukaran ketika mahu menyusun di dalam almari mengikut kelompok masing2. Untuk kategori lain seperti seluar dan tudung, gunalah apa sahaja cara yang bersesuaian, kemas dan sistematik.

5)
Untuk pakaian formal ke pejabat atau ke majlis, lebih elok jika digantungkan dengan rapi di dalam almari untuk mengelakkan kedutan berlebihan. Cara menggantung juga perlu kemas. Digalakkan menggunakan jenis penggantung baju yang sama dan juga kukuh, bergantung pada keberatan fabrik. Pastikan jarak penggantung sama di antara satu sama lain, seperti mana ketika menggantung baju setelah dibasuh.

6) Seperti biasa, gantung mengikut kategori pakaian. Teknik menggantung juga perlu konsisten. Kalau seluar kerja suami dilipat dua baru digantung, begitu juga dengan seluar lain. Kalau baju kurung isteri lehernya menghadap ke kanan di dalam almari., baju kurung lain pun begitu juga. Kedudukan kepala penggantung baju juga harus selari sama ada menghadap ke depan atau ke belakang.


Itu
saja untuk kali ini. Ada masa kita bersua lagi. Wassalam...

Comments

  1. Saya cadangkan kalau nak dapatkan saiz yang sama.. lipat di atas tile lantai. samakan Ukuran lipatan dgn saiz tile itu . Ia akan buat lipatan setiap baju menjadi sama besar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk