Skip to main content

Persediaan menyambut Ramadhan

Tidak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Kemudian Aidil Fitri pula. Kaum ibu pasti sudah sarat kepala memikirkan:


1. kuih raya

2. baju raya

3. kasut raya

4. langsir raya

5. perabut raya................dan berbagai lagi persiapan raya!

Ini tidak termasuk persiapan2:

1. membasuh langsir

2. membasuh karpet

3. membasuh sarung kusyen

4. membuang sawang dan debu.....dan berbagai lagi aktiviti mengemas.

Ada yang sibuk sepanjang ramadhan membakar kuih-muih raya. Ada yang sibuk sepanjang ramadhan menjahit baju2 raya sendiri, suami dan anak2 (Tahniah! Besar pahalanya!). Tidak ketinggalan juga, ramai yang sekadar menghulurkan mata wang di kedai2 shopping peralatan dan keperluan raya.


Sekarang pun tempias raya sudah bermaharajalela. Di sana-sini, laungan SALE raya sudah bergema. Ada yang mengatakan - ini agak melampau, belum puasa sudah sibuk hendak beraya.


Namun, trend sibuk sebelum ramadhan ini ada juga baiknya barangkali. Saya pernah mendengar cerita teman mengatakan bahawa ayah dan ibunya memastikan persiapan raya selesai sebelum masuk bulan Ramadhan. Bukan bermakna mereka over-excited nak beraya. Alasan ibubapa mereka adalah untuk mempastikan bahawa bulan Ramadhan digunakan untuk beribadah sepenuhnya dan tidak lagi fokus kepada perkara remeh temeh seperti membasuh karpet untuk persiapan Raya!

Jadi mereka mengecat rumah, membuang sawang, dan membasuh serta memasang langsir sebelum Ramadhan. Rumah mereka berseri dari bulan Ramadhan lagi, yakni bulan yang mulia dan berkat, bukan setakat untuk bulan Raya.



Kelmarin, saya terdengar tazkirah di radio dari seorang ustaz yang juga menganjurkan perkara yang sama. Beliau mengatakan - ya, wajar bersiap-sedia sebelum masuk bulan Ramadhan. Langkah ini bukan kerana kemaruk nak beraya tetapi ada manfaatnya dari segi akhirat juga. Ramadhan sepatutnya memberi kita ruang ibadah untuk mengaut keuntungan akhirat yang berlipat ganda. Cadangan ini bunyinya agak praktikal. Mungkin tidak salah jika golongan Muslim di Malaysia menghayati bahawa Ramadhan bukan untuk dipenuhi dengan aktiviti mengecat dan mengemas heavy duty atau membeli belah saat terakhir. Tepuk dada tanyalah iman...


Sewajarnya kita renungkan sama2 apakah sambutan Ramadhan kita tahun ini, dipenuhi aktiviti persiapan raya atau melaksanakan ibadah sebanyak2nya.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan!

Comments

  1. salam...
    setuju sangat.. tapi saya memanjang tak buat cam tu, pasalnya kalo time tak raya tak de rasa the urge untuk buat semua persiapan tu.. dekat2 nak raya, nak tak nak terpaksa gak buat mana yang patut walopun tak excited mana nak raya... :)

    ReplyDelete
  2. setuju! thn dpn nk praktikkan. insyaAllah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...