Skip to main content

Energi Mengemas

Mengikut Islam, antara orang yang paling baik adalah yang lambat marahnya dan cepat pula redanya. Semoga kita tergolong orang2 yang sedemikian. Amiiinnnn......


Bercakap tentang marah; Pernah tak anda berasa marah? Sudah tentu pernah kan? Energi marah ni kadang2 melampaui batas sehingga habis berserakan barangan di rumah hasil balingan semasa marah!Kenapa perlu mempergunakan energi marah (adrenaline rush, barangkali?) secara sia2 dan menyumbang pula kepada konflik dengan orang lain? Memang ada saranan di dalam Islam, bahawa sekiranya kita marah, ambillah wudu', beristighfar dan juga sembahyang bagi meredakan kemarahan.


Saya pula ingin menyarankan sesuatu yang mungkin berguna bagi sesetengah pihak. Ya, saya juga pernah marah. Anak2 saya juga sering marah dan bergaduh sesama sendiri. Saya telah menyarankan berbagai saranan dan nasihat agar anak2 dapat mengawal kemarahan mereka. Angin - kata orang2 tua...Kebelakangan ini saya menyarankan sesuatu yang berbeza: "Kalau banyak sangat tenaga nak bergaduh, bergasak dan bergumpal tu; apa kata pergi basuh pinggan, basuh bilik air, sapu sampah dan mop rumah?!!" Dan saya dengan tegas membahagikan tugas2 tersebut kepada pihak2 yang terbabit dan saya memantau mereka agar tidak kembali bertelagah secara curi2....hmmmphhh....


Hah, ini lah yang kita namakan kaedah menyalurkan energi yang tidak berfaedah kepada energi yang berfaedah. Kita sebagai orang dewasa lebih layak mempraktikkan petua moden ini. Apa kata jika kita rasa darah naik meluap2 tu, pergilah salurkan tenaga kepada kerja2 menyental bilik air, sinki, membersihkan petiais, menyapu dan mengemop rumah, membersihkan tingkap dan debu di kekisi, menyental periuk belanga sehingga bercahaya dan berbagai lagi. Apabila kepenatan menyental, kita pun tidak akan berdaya lagi untuk marah atau memarahi orang lain.


Seperti biasa, ini adalah saranan. Agak2 darah mendidih kat suami atau isteri di rumah tu, cepat2 lah cari tempat untuk disental sekuat2nya ya....

Comments

  1. bagus tu...bole praktik ni...hehehe, trima kasih ya..

    ReplyDelete
  2. hehehehe...tips yg menarik.thanx

    ReplyDelete
  3. perkara ni selalu saya buat terutama bila tgh marah kat suami.. habis semua baju saya iron.. tak sangka pulak rupanya itu energi marah..

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Ye... Bile tgh marah n merajuk ngan suami... Kemas pulak rumah... Hmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Membersihkan tilam

Tilam adalah tempat kegemaran kita. Sekembali dari pejabat, kita sering memandang geram ke tilam dan sesiapa yang kalah, akan merebahkan badan yang letih lesu di tilam sebelum berangkat ke bilik mandian pula.


Malangnya, bagi yang sudah beranak kecil, keadaan tilam yang suci kadangkala tercemar dengan pembuangan sisa bayi. Bukanlah sisa air besar, tetapi lebih kerap adalah air kecil sahaja. Lebih malang lagi, jika anak yang berusia 3-6 tahun masih mengalami "kebocoran" sekali-sekala di waktu malam.


Kebocoran ini dapat dikesan dari baunya. Yelah, najis yang kurang berwarna, apalagi jika diselimuti gebar dan bantal, kurang dapat dikesan puncanya. Tetapi, hidung para ibu yang sensitif, pasti dapat mengenalpasti kehadiran najis ini.

Sebelum ini ada ditulis siri artikel yang bertajuk Bersih Tidak Semestinya Suci. Di sini saya ingin berkongsi lebih lanjut mengenai kebersihan dan kesucian bab tilam untuk tatapan para pembaca budiman.


Secara teorinya, najis perlu dibersihkan hingga hilan…

Menyusun dokumen dalam fail

Sewaktu saya belum berkahwin saya memang berminat memfailkan segala dokumen dan surat-menyurat yang saya terima. Satu fail dikhususkan untuk satu jenis dokumen. Satu fail untuk akaun bank A, satu lagi fail untuk akaun bank B, satu fail untuk bil kredit kad dan bermacam lagi.

Kerana saya masih single, saya punya banyak masa untuk melabel setiap fail dan meyusun pula mengikut abjad!

Setelah saya berkeluarga, sudah tentu jenis dokumen kita bertambah. Sijil nikah, surat beranak, passport, kad merah (mengandung), kad imunisasi anak, bil2 air dan api, bil2 kredit kad, dokumen insuran dan simpanan dan berbagai lagi.

Sebelum ini saya telah menyarankan agar menggunakan fail yang berlapis dan mempunyai pembahagi seperti di dalam gambar. Kali ini saya saya ingin memperturunkan beberapa saranan lain pula.

Satu cara ialah dengan menyediakan satu fail untuk setiap ahli keluarga. Satu fail untuk suami, satu untuk isteri, dan satu untuk setiap anak2. Fail clear holder seperti dalam gambar pun boleh.
Jadi,…

Pengurusan Kain Baju - Teori Asas

Sebelum ini sidang pembaca sudah dihidangkan dengan artikel yang menerangkan secara ringkas tips asas pengurusan kain baju. Kali ini, saya ingin mengajak pembaca sekalian bersama-sama mengembara dengan lebih jauh untuk meneroka sisi kehidupan seorang ‘pelipat baju katalog’.

Saya kira tips kali ini lebih efisien jika dipersembahkan dalam bentuk demostrasi, malangnya masih tiada kemampuan dari pihak admin untuk merealisasikannya. It’s ok, maka silalah menggunakan daya imaginasi tuan2 dan puan2 seoptimum mungkin.

Berikut saya sertakan tips terperinci langkah demi langkah teknik lipatan baju keluarga saya:
1)Bagi fabrik yang besar seperti tshirt, kemeja atau seluar, bentangkan dengan rata dahulu sebelum mula melipat. (tolong jangan melipat di atas riba ye, jika mahu kualiti lipatan terjamin!) Gosok dan ratakan dengan permukaan tangan anda. Pastikan tiada penjuru yang terlipat atau pun bahagian yang masih lagi lembap.
2)Tanpa mengira faktor sama ada lubang leher baju dihalakan ke luar atau ke…