Skip to main content

Teknik Menyambil

Terlebih dahulu....Ramadhan Mubarak kepada semua!

Hidup kaki pengemas tidak sah tanpa aktiviti mengemas. Pagi hari lagi sudah dirasmikan dengan aktiviti mengemas.

Mengemas juga memerlukan teknik2 tertentu yang munasabah dan praktikal – berdasarkan pengalaman kaki pengemas lah.

Antara tips dan petua yang diperturunkan oleh ibu kami kepada kami adik beradik adalah seperti berikut. Ayat2 ini sudah lazim berdendang di dalam kepala kami:

Bangun pagi, terus kemas rumah, sapu laman, basuh sisa2 pinggan mangkuk, mop lantai …..dll. Sambil2 tu boleh makan pagi, isi perut. Jadi, bila perut kenyang, rumah pun sudah berkemas!”

Ini yang kami gelar teknik menyambil. Teknik menyambil ini boleh digunapakai untuk segenap keadaan. Kalau pembaca perhatikan artikel yang ditulis disini, kebanyakan adalah berdasarkan teknik menyambil.

Mungkin ada segelintir yang tidak bersetuju dengan teknik di atas, yalah, waktu makan perlu dihormati dan sesi makan perlu dihayati. Teknik di atas boleh dibaikpulih tidak semestinya menjadi ikutan 100%. Tetapi jangan sampai terlalu lama berlibur di waktu makan sehingga terabai tanggungjawab yang menimbun. Kajian juga ada mengatakan bahawa kita tidak boleh duduk berterusan melebihi 15 minit kerana ini tidak baik untuk otot belakang, pinggang dan saraf2 berdekatan. Seeloknya selepas 15 minit, kita berjalan sedikit untuk melancarkan semula pergerakan darah agar memastikan gaya hidup kita sihat.

Memang benar faedah mengemas ini banyak. Kajian juga menunjukkan mengemas boleh membakar banyak kalori; tidak perlu berspa dan bersauna untuk menjana peluh; tidak perlu ke gym untuk menggerakkan otot. Di rumah juga banyak sesi exercise yang boleh dilaksanakan!
Teknik di atas sedikit sebanyak mempengaruhi seluruh kehidupan kami. Sambil mandi, basuh bilik air, sambil menguruskan mesin basuh, kami membasuh pinggan, sambil memasak, mengemas dapur dan berbagai lagi aktiviti. Tapi kami dimotivasikan pula dengan dendangan tips lain yang berbunyi “Cepat kemas, cepat rehat; jangan cepat rehat, rumah tak kemas2 pulak!”.

Jika difikirkan, kebiasaannya kami berasa amat berat untuk bangun pagi. Berat kerana memikirkan tanggungjawab mengemas! Bangun dari pagi bukan waktu untuk berehat, sebaliknya kena terus bergerak memastikan kebersihan kediaman.

Comments

  1. bagi pendapat saya semua orang yang memang pengemas macam tuan blog memang mempunyai ciri2 dan sifat2 yang hampir sama!!saya tengah berusaha ke arah itu..

    ReplyDelete
  2. blog yg sgt best n berfaedah dibaca....

    ReplyDelete
  3. Salute dgn tuan punya blog.... Sy pun ke arah itu, nak memastikan rumah bersih dan kemas...

    ReplyDelete
  4. teknik menyambil ni bukan semata2 blh diamalkan di rumah je tetapi juga di pejabat. sy plg lemau dlm teknik menyambil sbb sy jenis lembap buat kerja. tp xpe, pasni akan berusaha bersungguh2 bljr teknik ni.

    dlm ms yg singkat byk kerja yg akan beres. terima kasih atas pengongsian info yg sgt berguna ni :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing ye admin :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

MILO, KOPI DAN SUSU: MACAM MANA NAK SIMPAN?

Siapa sini suka minum milo? Tak pun air koko. Mesti ramai kan? :D Rata-rata dari kita semua ni, di rumah pasti ada stok serbuk minuman sama ada milo, kopi, susu, horlicks dan sebagainya. So straight to the point , saya nak kongsikan sikit tips nak simpan serbuk2 minuman ni supaya dapur anda tampak lebih kemas dan bersih. Well , zaman sekarang dah maju kan. Kat kedai ada jual ‘ magic sealer’ utk anda seal makanan dengan mudah. Contohnya mcm gambar ni : Tips kali ni adalah untuk mereka yang memilih utk menyimpan serbuk minuman di dalam bekas atau bahasa mudahnnya, tupperware . Hehe Ada sesetengah dari kita yang masukkan serbuk minuman sekali dengan packaging dia terus ke dalam bekas. Boleh jika anda nak simpan macam itu. Tapi, sebenarnya ia menjadikan cara simpanan anda nampak kurang kemas. Selain tu, mesti susah nak buat air. Betul tak? Sebab anda akan terkorek-korek serbuk minuman anda, dan saat anda nak keluarkan sudu dari packaging tu, mesti akan ada serbuk