Skip to main content

Energi Mengemas

Mengikut Islam, antara orang yang paling baik adalah yang lambat marahnya dan cepat pula redanya. Semoga kita tergolong orang2 yang sedemikian. Amiiinnnn......


Bercakap tentang marah; Pernah tak anda berasa marah? Sudah tentu pernah kan? Energi marah ni kadang2 melampaui batas sehingga habis berserakan barangan di rumah hasil balingan semasa marah!Kenapa perlu mempergunakan energi marah (adrenaline rush, barangkali?) secara sia2 dan menyumbang pula kepada konflik dengan orang lain? Memang ada saranan di dalam Islam, bahawa sekiranya kita marah, ambillah wudu', beristighfar dan juga sembahyang bagi meredakan kemarahan.


Saya pula ingin menyarankan sesuatu yang mungkin berguna bagi sesetengah pihak. Ya, saya juga pernah marah. Anak2 saya juga sering marah dan bergaduh sesama sendiri. Saya telah menyarankan berbagai saranan dan nasihat agar anak2 dapat mengawal kemarahan mereka. Angin - kata orang2 tua...Kebelakangan ini saya menyarankan sesuatu yang berbeza: "Kalau banyak sangat tenaga nak bergaduh, bergasak dan bergumpal tu; apa kata pergi basuh pinggan, basuh bilik air, sapu sampah dan mop rumah?!!" Dan saya dengan tegas membahagikan tugas2 tersebut kepada pihak2 yang terbabit dan saya memantau mereka agar tidak kembali bertelagah secara curi2....hmmmphhh....


Hah, ini lah yang kita namakan kaedah menyalurkan energi yang tidak berfaedah kepada energi yang berfaedah. Kita sebagai orang dewasa lebih layak mempraktikkan petua moden ini. Apa kata jika kita rasa darah naik meluap2 tu, pergilah salurkan tenaga kepada kerja2 menyental bilik air, sinki, membersihkan petiais, menyapu dan mengemop rumah, membersihkan tingkap dan debu di kekisi, menyental periuk belanga sehingga bercahaya dan berbagai lagi. Apabila kepenatan menyental, kita pun tidak akan berdaya lagi untuk marah atau memarahi orang lain.


Seperti biasa, ini adalah saranan. Agak2 darah mendidih kat suami atau isteri di rumah tu, cepat2 lah cari tempat untuk disental sekuat2nya ya....

Comments

  1. bagus tu...bole praktik ni...hehehe, trima kasih ya..

    ReplyDelete
  2. hehehehe...tips yg menarik.thanx

    ReplyDelete
  3. perkara ni selalu saya buat terutama bila tgh marah kat suami.. habis semua baju saya iron.. tak sangka pulak rupanya itu energi marah..

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Ye... Bile tgh marah n merajuk ngan suami... Kemas pulak rumah... Hmm

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...