...ini sambungan seterusnya.
Selesai memasak, anda boleh terus menjamah hidangan sambil menyuap anak2 kecil. Rehatlah sebentar setelah memeras tenaga sepanjang pagi. Waktu ini adalah waktu ideal berehat; sambil menidurkan si kecil, anda pun boleh tidur sekali. Anak2 yang bersekolah mungkin pulang sekitar jam 2 atau 3. Mereka boleh makan makanan yang telah terhidang dan pastikan mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk mereka setelah makan. Jadi anda tidak perlu membuang masa menguruskan dapur kembali.
Selesai mengecas semula energi dan solat zohor, anda boleh menguruskan kain baju di ampaian. Angkat baju yang sudah kering dan mula melipat sambil menonton TV atau mendengar radio. Jangan lupa untuk merujuk kaedah menguruskan kain baju yang telah disarankan dalam entri2 Tips Menguruskan Kain Baju Tinggalkan dulu kerja2 menggosok untuk dilakukan di hujung minggu kerana anda mempunyai bantuan dari ahli keluarga yang lain.
Selesai mengangkat dan melipat dengan kaedah sistematik, anda boleh minta anak2 agar meng dan angkat menyusun kain baju mereka sendiri di dalam almari. Ini adalah latihan kemahiran hidup untuk anak2 anda agar mereka juga bertanggungjawab menguruskan hidup mereka sendiri.
Biasanya selesai tugasan menguruskan kain baju, asar pun menjelang tiba. Tugasan rutin anda sudah selesai jadi anda boleh memilih untuk berkebun, menguruskan laman, atau keluar bersama anak2 menghirup udara petang. Apa salahnya jika berjogging.....
Sekitar jam 6 tiba masa mandi dan kembali ke dapur memanaskan lauk-pauk atau menambah jenis lauk yang ada. Cuba disiplinkan diri untuk menyelesaikan tugas tersebut sebelum maghrib. Selesai maghrib, anda mungkin mahu tumpukan kepada sesi mengajar Al-Quran kepada anak2 selama 30 minit baru bergerak untuk makan malam.
Rutin malam pula? Kita sambung entri seterusnya...sabar ya...
Salam,
ReplyDeleteSaya ingin bertanya.. Macam mana ye nak uruskn rumah dengan lebih sistematik kalau saya berkerja?
Cantiklaaa
ReplyDeleteSalam ayish,
ReplyDeleteNi pendapat saya,sebagai seorang yg bekerja, kita cuba uruskan kerja kita secara profesional bukan, jadi pendekatan sama juga dengan cara kita mengurus rumah. ni antara kaedah2 yg saya amalkan. sbg contoh, klu kita ada 10 kerja yg perlu dibuat, kita buat mengikut yg mana penting dulu. sbg contoh, kalau ada kain baju yg hendak dibasuh tetapi sudah sampai waktu makan n anak dan suami kita perlu makan, kita masak dulu. klu misal kata ada bahagian rumah yg perlu divakum yang sudah tertangguh beberapa hari dan ada bahagian luar rumah yg berselerak yg sudah tertangguh beberapa minggu, kita kemas bahagian luar dulu. klu sampai waktu kerja kita kena pergi kerja. kalau sampai waktu balik kita kena balik juga. anggap tugas kita di rumah sama penting dgn tugas kita di tempat kerja. banyak lg, mungkin kami akan masukkan entri baru untuk ini.
Gan ini mayan neh buat ibu-ibu tipsnya, salam kenal dari gua, hizbu
ReplyDeletehttp://dekorasirumah.blogspot.com
Sangat menarik infonya , semoga bisnis renovasi rumahnya lancar dan terus berkembang. Salam sukses dari Jakarta , Jasa Renovasi Rumah di Jakarta adalah renovasi123.com
ReplyDeleteTerima kasih.. boleh tolong promosi buku ini di Indonesia deh... :)
ReplyDelete