Skip to main content

RUTIN MENGEMAS DI WAKTU PETANG

...ini sambungan seterusnya.

Selesai memasak, anda boleh terus menjamah hidangan sambil menyuap anak2 kecil.  Rehatlah sebentar setelah memeras tenaga sepanjang pagi.  Waktu ini adalah waktu ideal berehat; sambil menidurkan si kecil, anda pun boleh tidur sekali.  Anak2 yang bersekolah mungkin pulang sekitar jam 2 atau 3.  Mereka boleh makan makanan yang telah terhidang dan pastikan mereka mengemas meja makan dan membasuh pinggan mangkuk mereka setelah makan.  Jadi anda tidak perlu membuang masa menguruskan dapur kembali.

Selesai mengecas semula energi dan solat zohor, anda boleh menguruskan kain baju di ampaian.  Angkat baju yang sudah kering dan mula melipat sambil menonton TV atau mendengar radio.  Jangan lupa untuk merujuk kaedah menguruskan kain baju yang telah disarankan dalam entri2 Tips Menguruskan Kain Baju Tinggalkan dulu kerja2 menggosok untuk dilakukan di hujung minggu kerana anda mempunyai bantuan dari ahli keluarga yang lain.

Selesai mengangkat dan melipat dengan kaedah sistematik, anda boleh minta anak2 agar meng dan angkat menyusun kain baju mereka sendiri di dalam almari.  Ini adalah latihan kemahiran hidup untuk anak2 anda agar mereka juga bertanggungjawab menguruskan hidup mereka sendiri.

Biasanya selesai tugasan menguruskan kain baju, asar pun menjelang tiba.  Tugasan rutin anda sudah selesai jadi anda boleh memilih untuk berkebun, menguruskan laman, atau keluar bersama anak2 menghirup udara petang.  Apa salahnya jika berjogging.....

Sekitar jam 6 tiba masa mandi dan kembali ke dapur memanaskan lauk-pauk atau menambah jenis lauk yang ada.  Cuba disiplinkan diri untuk menyelesaikan tugas tersebut sebelum maghrib.  Selesai maghrib, anda mungkin mahu tumpukan kepada sesi mengajar Al-Quran kepada anak2 selama 30 minit baru bergerak untuk makan malam.  

Rutin malam pula?  Kita sambung entri seterusnya...sabar ya...

Comments

  1. Salam,

    Saya ingin bertanya.. Macam mana ye nak uruskn rumah dengan lebih sistematik kalau saya berkerja?

    ReplyDelete
  2. Salam ayish,

    Ni pendapat saya,sebagai seorang yg bekerja, kita cuba uruskan kerja kita secara profesional bukan, jadi pendekatan sama juga dengan cara kita mengurus rumah. ni antara kaedah2 yg saya amalkan. sbg contoh, klu kita ada 10 kerja yg perlu dibuat, kita buat mengikut yg mana penting dulu. sbg contoh, kalau ada kain baju yg hendak dibasuh tetapi sudah sampai waktu makan n anak dan suami kita perlu makan, kita masak dulu. klu misal kata ada bahagian rumah yg perlu divakum yang sudah tertangguh beberapa hari dan ada bahagian luar rumah yg berselerak yg sudah tertangguh beberapa minggu, kita kemas bahagian luar dulu. klu sampai waktu kerja kita kena pergi kerja. kalau sampai waktu balik kita kena balik juga. anggap tugas kita di rumah sama penting dgn tugas kita di tempat kerja. banyak lg, mungkin kami akan masukkan entri baru untuk ini.

    ReplyDelete
  3. Gan ini mayan neh buat ibu-ibu tipsnya, salam kenal dari gua, hizbu

    http://dekorasirumah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Sangat menarik infonya , semoga bisnis renovasi rumahnya lancar dan terus berkembang. Salam sukses dari Jakarta , Jasa Renovasi Rumah di Jakarta adalah renovasi123.com

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.. boleh tolong promosi buku ini di Indonesia deh... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...