Skip to main content

OH MY SINK!



Kalau anda ingat, sebelum ni kami ada kongsikan tips untuk menjaga sink. Kali ni kami nak tambah sikit, iaitu bagaimana nak kekalkan sinki yang berkilat dan sentiasa nampak baru.

 

First of all, semua ada pakai drainer tak untuk sinki? Drainer ni penting tau. Supaya sisa-sisa makan (cth tulang ikan, nasi) tak masuk ke dalam lubang sinki dan menyebabkan sinki tersumbat. Eww! Satu kerja pulak kan nak mengepam sinki.
So yang mana tak ada tu, boleh pegi beli. Tapi kalau nak jimat, tak ada pun takpe. Cuma pastikan sebelum letak pinggan kotor dalam sinki, sisa-sisa makanan dalam pinggan dah dibuang dalam tong sampah dulu ea.

 

Ni adalah contoh sinki yang dah kotor, berlendir atau berselupat bak kata ibu kami. Ibu kami pantang sinki kotor macam ni. Kalau dia nampak, habislah. Hehe.  Jadi macam mana nak elakkan sinki jadi macam tu?


1    Basuh sinki setiap kali selesai basuh pinggan. Ni basic la kiranya. Kalau kita jarang basuh sinki lepas basuh pinggan, kotoran akan melekat dan berkumpul. Bila dah banyak kotoran, susah nak basuh. Jadi basuh lah sinki anda setiap kali lepas basuh pinggan. Sabun, kemudian siram dengan air. Pastikan rata ya.


 


2    Untuk kesan yang lebih sempurna, bersihkan juga kepala dan batang paip. Baru seimbang, semua bahagian bersih kan.

3    Nak lagi best? Bersihkan lubang sinki anda. Tak cukup dengan sapu sabun semata. Anda kena berus. Waktu ni, berus gigi atau berus lukisan terpakai sangatlah penting. Sebab anda kena bersihkan kawasan lubang sinki yang sulit untuk dicapai.


 


4    Last but not least, bersihkan drainer anda. Berus menggunakan berus gigi atau berus lukisan terpakai tadi. Depan, belakang, kiri, kanan. Berus jangan tak berus.


 



5    Tertib. Haha. Pastikan setiap perincian sinki anda terlepas dari sebarang kotoran degil semasa proses pembersihan. Lepas basuh, try pegang dengan tangan. Kalau masih rasa tak licin atau berlendir, maka silalah bersihkan dengan lebih teliti. Hehe.

Apa lagi ya. Tu je kot. Sebarang komen dan cadangan amatlah dialu-alukan. Semoga sinki-sinki kita semua sentiasa berkilat !

Comments

  1. tq..best je dgr kan...apa2 pun semua kena mula dgn rajin,, kalau malas..mmg berlemak la sinki kita kan...so jgn malas2 ya..lima bintang utk tip ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

MENYUSUN KASUT DI LUAR RUMAH

Bagi golongan pengemas or kemas-holic, semakin umur meningkat, threshold kepada sepah akan menurun, betul tak? Apabila mata memandang situasi seperti gambar di bawah, pasti anda terasa rimas bukan? Ya, susunan selipar, sandal dan kasut di luar rumah juga perlu dititikberatkan.  Sesiapa yang menghantar anak ke tadika, pasti perasan bahawa anak-anak comel dilatih setiap hari untuk menyusun kasut.  Tetapi apabila tiba di rumah, ahli keluarga lain tidak mengamalkan habit yang serupa pula.  Sudah tentu anak-anak kecil tiada sokongan untuk meneruskan habit cemerlang yang susah-payah diasuh oleh guru-guru tadika. Mungkin ada yang mengatakan bahawa takkan selipar pun nak disusun...selipar je kot.... Opps!  Tiada istilah "je kot" untuk pengemas rumah...heheh Cuba perhatikan susunan seperti gambar di bawah.  Pasti mata berasa tenang dan hati berasa lega.  Apa salahnya kita tersusun di luar dan dalam rumah.  Cuma perlukan sedikit usaha, latihan, komitm...