Sewaktu kecil saya sering menemani ibu untuk sesi punggah dan kemas. Memang leceh, dan lebih mudah jika dibiarkan sahaja barangan berlapuk di dalam almari. Setelah saya dewasa sekarang, saya dapati memunggah barangan juga memerlukan skill tersendiri. Tanpa skill punggah dan kemas, saya perhatikan ramai teman saya yang terpinga2 apabila sesekali datang hasrat untuk merapikan persekitaran mereka. Memang terdapat sebahagian dari kita yang kurang cekap dalam bab mengemas. Sesekali berminat dan datang motivasi untuk mengemas, kita punggah segala barang dengan niat untuk menyusun dengan lebih rapi. Tetapi bila kesemua barang telah dipunggah, kita menjadi bingung pula memikirkan kaedah susunan yang menarik serta kemas dan rapi.... Sebenarnya memunggah barang pun memerlukan sistem. Sebelum kita memunggah barangan yang menimbun dalam almari, stor atau dalam kabinet ruang tamu, pastikan ruang sekeliling kosong. Ini supaya kita mempunyai banyak ruang untuk membahagikan barangan yang kita punggah....
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....