Skip to main content

Cara memvakum karpet

Ada orang memvakum karpet ala kadar sahaja dan kemudian declare - Siap!


Tapi bagi ibu saya yang mempunyai ketajaman mata ekstrem sering dapat mengenalpasti hasil kerja yang teliti atau pun tidak. Begitu juga dengan aktiviti memvakum. Beliau akan meneliti karpet tadi untuk memastikan tiada kesan2 debu, rambut, benang atau apa2 sahaja debris yang tertinggal di karpet tadi. Sekiranya ada - bermakna kami tidak menjalankan tugasan tersebut dengan teliti, justeru...apalagi, terpaksalah mengulang sekali lagi. Sesungguhnya quality control ibu saya sangat ketat!


Karpet sememangnya memerangkap debu. Ia perlu dibersihkan sekurang2nya seminggu sekali. Dengan kemudahan alat vakum, kerja membersihkan karpet sepatutnya menjadi lebih mudah.


Di sini ingin dicadangkan teknik memvakum yang teliti. Pastikan sekiranya anda memvakum secara menegak, anda teruskan secara menegak dari atas ke bawah kemudian bergerak meliputi setiap ceruk karpet dari kiri ke kanan. Jika anda memvakum secara melintang, pastikan juga gerakan diteruskan secara melintang.


Jangan sesekali bersimpang siur sekejap melintang, sekejap menegak, atau sekejap senget. Jika ini teknik yang anda gunakan, bermakna ada ruang yang tertinggal tidak divakum. Anda mungkin tidak perasan ada bahagian yang tidak dilalui oleh vakum.


Kalau ada perabut berdekatan dengan karpet, jangan lupa untuk memvakum di celah perabut tersebut. Kalau setakat kerusi, lebih baik diangkat sahaja kerusi tersebut. Jangan pula buat2 tidak nampak lalu mengabaikan sahaja. Ingat, sedikit2 lama2 debu jadi bukit. Lebih baik debu ditangani saat ia masih dalam kuantiti yang kecil. Kelak setelah membukit, kita juga sudah hilang selera untuk mengemas.

Comments

  1. salam~maklumat yang sangat berguna. benarkan saya untuk berkongsi dengan meletakkan blog anda dalam entry saya untuk rujukan akan datang. tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal

Cuci longkang

Beberapa hari yang lepas, saya terpandangkan longkang di rumah saya. Rasanya sudah tiba masa untuk Ops..longkang! Kalau anda memiliki banglo, longkang akan mengelilingi rumah, maka lebih panjanglah longkang yang anda perlu selusuri. Jika anda menginap di rumah teres atau semi-D, kepanjangan longkang berkurangan tetapi masih perlu dibersihkan. Jika anda menginap di pangsapuri atau apartment pula, anda boleh menarik nafas lega kerana longkang tidak menjadi isu sama sekali. Tapi, gotong royong membersihkan longkang kawasan perlu juga dilaksanakan sekali-sekala. Masyarakat kini sudah semakin bijak. Jadi longkang yang kebanyakannya terdedah sudah boleh dibina di bawah tanah dan ditutup dengan kongkrit simen. Cuma beberapa lubang pada jarak tertentu disediakan sekiranya longkang mempunyai masalah teknikal. Pengalaman saya semasa muda remaja, sekali-sekala ibu saya akan meminta bantuan saya mencuci longkang sekeliling kuarters kediaman kami. Ibu akan membuka paip sinki dapur supaya air mencur

Sampah dan Tong Sampah

Saya pernah mempunyai seorang teman sekerja lelaki yang sangat pengemas. Meja kerjanya sangat rapi. Fail2 yang tersusun di rak juga dibariskan dengan rapi lengkap berlabel yang seragam. Ini membuatkan saya terus berminat memerhatikan beliau sehingga suatu hari saya ternampak beliau memasukkan sampah kertas ke dalam poket seluarnya sendiri. Tingkah ini menarik minat saya dan terpacul soalan dari mulut saya menanyakan sebab perbuatan tersebut. Jawabnya: "Atuk saya pesan, kalau jumpa sampah di mana2 ( pasti yang bukan busuk dan basah !) masukkan di dalam poket seluar dan bila berjumpa tong sampah, buangkanlah di dalam tong sampah."! Wah! Jawapan yang sungguh teliti dari segi pengurusan sampah dan datangnya pula dari seorang yang veteran. Ibu saya juga sangat prihatin tentang penyediaan tong sampah, hasil didikan dari atuk saya. Pernah sekali, sewaktu konvo adik saya di salah satu universiti di negara kita, ibu saya memberikan ceramah ringkas kepada pak guard yang bertugas semata