Ada pendapat mengatakan bahawa shopping adalah terapi. Terapi daripada stress, kepenatan dan keletihan akibat kerja dan tanggungjawab dunia. Ia dipanggil retailtherapy dalam Bahasa Inggeris. Terapi berbentuk ini sangat digemari oleh kaum perempuan. Mungkin juga ada kaum Adam yang terbabit, tetapi saya jangka segelintir cuma.
Soalnya, takkan setiap kali stress nak pergi beli barang. Membazir wang namanya. Tambahan pula, ini adalah proses pengumpulan barangan yang melebihi keperluan. Bayangkan setiap kali stress, kita beli kasut, handbag, baju, tudung, atau lebih bahaya lagi, makanan atau coklat! Kalau makanan, kita mungkin menjadi obese. Kalau barangan pula, mungkin menyemakkan rumah kita.
Ada solusi tentang alternatif kepada retailtherapy. Kalaulah sudah teringin sangat hendak pergi bershopping, apakata kita bershopping di rumah kita sahaja.
Sebagai langkah lebih terperinci, anda boleh memulakan dari bilik pertama dan kutip segala barangan yang bukan asalnya di bilik pertama lalu anda masukkan ke dalam bakul yang anda pegang. Kemudian beralih pula kepada bilik kedua dan kutip barangan asing dan juga masukkan ke dalam bakul tadi. Sekiranya ada barangan dalam bakul yang berasal dari bilik kedua, sila keluarkan dari bakul dan letakkan ke tempat asalnya. Begitulah seterusnya dari satu bilik ke satu bilik, termasuklah ruang tamu, ruang makan dan juga dapur. Jangan pula mengotori bakul cantik dengan barangan yang basah dan comot, kelak comot pula bakul kita nanti.
Soalnya, takkan setiap kali stress nak pergi beli barang. Membazir wang namanya. Tambahan pula, ini adalah proses pengumpulan barangan yang melebihi keperluan. Bayangkan setiap kali stress, kita beli kasut, handbag, baju, tudung, atau lebih bahaya lagi, makanan atau coklat! Kalau makanan, kita mungkin menjadi obese. Kalau barangan pula, mungkin menyemakkan rumah kita.

Caranya, sediakan satu bakul yang cantik yang boleh dijinjing dan juga tahan lasak. Boleh juga dipakai beg yang besar atau apa2 sahaja yang sesuai. Gunanya adalah untuk mengisi barangan yang bertaburan dan kemudian diisi di dalam beg atau bakul yang kita bawa tadi. Seterusnya kita melawat pula setiap bilik dan letakkan barangan daripada bakul di tempat sepatutnya.

Apalagi, jom mulakan...sebelum itu, ada alasan lah kita shopping bakul cantik pula untuk mulakan aktiviti ini!!
idea yg hebat!!!
ReplyDeletesuka lah blog ni :-)
ReplyDeletebr smpai di blog yg menarik ini..arap dpt singgah di blog sy :)
ReplyDeletehahak. shopping di rumah sendiri, fulus x kuar, umh pn kemas. sgtttttttttttttt therapy!
ReplyDeletejatuh cinta bertubi-tubi kat blog ni. banyak membantu saya :DD
ReplyDelete