Skip to main content

Kitar semula! Revisited

Ekonomi sekarang sedang merudum. Jadi kita sering mendengar saranan agar berjimat cermat dan membeli barangan yang perlu sahaja. Walaupun pendapatan kita adalah hasil titik peluh kita tidak bermakna kita boleh membazirkannya begitu sahaja tanpa motif yang produktif.
Sebenarnya banyak bahan di dalam rumah kita yang boleh digunapakai kembali. Sebaiknya kita memikirkan kegunaan2 barangan yang banyak terdapat di rumah kita dan cari jalan untuk mengitar semula.

Beberapa panduan:

1. Jag kaca lama jangan dibuang. Ia boleh dijadikan pasu untuk jambangan bunga. Bekas2 kaca juga boleh digunakan untuk mengisi barangan hiasan atau simpanan kunci atau apa2 sahaja.

2. Pinggan yang menarik bunganya tetapi sudah sompek atau sumbing boleh digantung sebagai hiasan.

3. Perca2 kain juga boleh dibingkaikan dan digantung sebagai hiasan.

4. Perabut lama boleh dicat semula dengan warna retro.
5. Perabut yang sedikit cacat dan hilang fungsi asal boleh digunakan untuk fungsi lain yang bersesuaian sebagai rak kasut atau rak simpanan di stor.
6. Ada juga cerita yang saya dengar tentang individu yang mengecat penyapu lidi dan kemudian dijadikan jambangan hiasan di dalam pasu.

7. Perca2 kain atau baju2 lama seperti kemeja tshirt dan apa2 sahaja juga boleh dijahit sebagai sarung kusyen dan seterusnya boleh dijahit butang untuk lebih berseni.

Pendekata, cubalah fikirkan jalan terbaik selain dari membuang hingga membanyakkan lagi sampah yang sudah sekian banyak di negara kita. Langkah ini juga boleh mengasah otak kanan kita ke arah pemikiran yang lebih seimbang menggunakan kedua2 otak kanan dan kiri.

Comments

  1. Baju kita dh jemu pakai pun blh diubahsuai agar nmpk segar dn mnarik wp pd mata kita..cthnya lengan tshirt blh diganti dn dijahit dgn lengan tshirt lain...atau potong sparuh bdn dn cantum dgn warna bdn lain..dgn warna dn corak yg lbh mnarik. berangan je ..sb sy x pandai mjahit..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rumah kemas, kaki terjaga :)

Mak kami selalu pesan: "Pijak simen/jubin dalam rumah kena pakai stokin" Sebabnya tak elok kaki asyik pijak sejuk2. Tak pasti pula penjelasan saintifiknya. Badan jadi lemah kot. Tapi tak semua area dalam rumah sesuai diletak tikar/carpet kan? Jadi apa salahnya rajin2 pakai stokin mcm ibu berpantang di dalam rumah. Nak2 org perempuan ni, badan kena dijaga untuk mengurus anak dan rumahtangga. Actually biasanya org pakai selipar rumah, cuma selipar ni kita asyik misplace sana sini sebab senang benar nak ditanggal kan? hehe...

SET TIMER UNTUK MENGEMAS

 Ramai yang kata tidak minat mengemas.  Ada yang tak tahu nak mula dari mana. Ada yang patah semangat bila melihat sekeliling rumah dan terlampau banyak ruang nak dikemas. Jangan putus asa.  Cuba fokus pada satu ruang sahaja sehari, contohnya ruang dapur untuk hari ini. Jadi kita lap, sapu dan mop kawasan dapur. Besok kita boleh fokus pada ruang tamu - kita vakum, mop dan cabut sarung bantal untuk dicuci.  Lusa kita pilih 1 bilik tidur dan begitu lah seterusnya.    credit Ada lagi satu cara yang mungkin lebih memotivasikan kita.  Kita set timer untuk 5-10 minit sahaja untuk setiap kali ingin mengemas.  Mungkin kita boleh set timer semasa menunggu air mendidih atau semasa anak sedang tidur.  Kita gunakan masa 10 minit untuk vakum ruang tamu dan kemas mainan yang bersepah.  Apabila alarm berbunyi, kita tamatkan sesi mengemas. Mudah bukan? Anda boleh mulakan sekarang juga!

Kenapa Saya Sukakan Mesin Basuh Separa Automatik dan cara Penjagaannya- Awa

Ramai di antara kita yang masih lagi menggunakan mesin basuh separa automatik (MBSA) walaupun terdapat pelbagai pilihan mesin automatik di pasaran. Jika difikirkan sekali imbas, ternyata mesin automatik (MBA) lebih menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, terdapat juga penggemar setia mesin separa automatik kerana alasan mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, bagi saya yang masih belum mempunyai anak, secara tidak langsung MBSA boleh dijadikan sebagai medium untuk bersenam. Jika MBA kita hanya duduk dan tunggu hingga selesai, MBSA pula memerlukan kita bangun dan duduk kerana MBSA hanya membasuh tetapi tidak membilas dan mengeringkan. Kadang-kadang ada pakaian-pakaian kita yang tidak kotor. Sekadar untuk menghilangkan bau. Maka timer yang singkat sahaja diperlukan. Kadang-kadang kita perlu mengasingkan pakaian-pakaian yang sensitif, yang berwarna cerah dan yang berwarna gelap. Ini adalah perkara-perkara yang sukar dilakukan dengan MBA. Terutamanya jika kuantiti pakaian anda adal...