Pinggan mangkuk adalah kemestian dalam rumahtangga. Ada pinggan mangkuk yang dipakai untuk kegunaan harian. Ada juga lebihan untuk simpanan jika perlu terutama semasa kenduri-kendara atau kehadiran tetamu. Stok pinggan mangkuk yang banyak memerlukan tempat simpanan. Terdapat segelintir yang memilih kabinet2 berpintu kaca. Tetapi sekarang kebanyakkannya menggunakan kabinet dapur yang pasang siap. Ia bertutup dan terlindung dari pandangan mata. Walau apa pun pilihan penstoran kita, pinggan mangkuk memerlukan kemahiran tertentu untuk menyimpan. Ada yang rimas melihat pelbagai set lalu melonggokkan sahaja ke dalam tempat simpanan. Asalkan muat, janji tersimpan. Kalau pintu almari adalah kaca, nampak berserak dan asal letak sahaja. Yang biru bercampur merah, mangkuk bercampur cawan dan kalau boleh diselit semahu2nya selagi ada ruang. Penyimpanan pinggan mangkuk juga boleh diberi perhatian khusus. Pastikan kegunaan hari2 diasingkan di dalam tempat yang khusus yang mudah dicapai dan disimpan....
Diinspirasikan dari ibu kami yang tersayang... Hajah Maznah binti Abas, ibu mithali bagi 7 puteri dan 2 putera, pendamping setia seorang suami, pengurus rumahtangga yang sempurna, nenek yang dikasihi, guru al-quran yang disegani....